DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Thursday, March 26, 2009

Sabarlah Cikgu

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan... Kini aku menyambung titis keringatmu.

Peragawan dan Peragawati

Buat apa dah.. senyum-senyum...1,2,3, klik..OK.

Wednesday, March 25, 2009

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir buat putera dan puteriku.




TV Selangor

Assalamualaikum anak-anak Selangor. Jom pakat tengok TVS (TV Selangor) untuk berita terkini, muktahir dan benar. So kalau nak tahu perkembangan terkini negeri Selangor, jangan tunggu lagi, layarilah TVS. Sebarkan maklumat kewujudan TVS kepada sedara mara dan rakan taulan. Boleh klik logo untuk link ke TVS.

Wednesday, March 18, 2009

KAJIAN : Hanya 4% Kuasai BI Melalui PPSMI

Mulanya tak nak bincangkan apa-apa yang berkaitan politik. Tapi rasanya PPSMI bukanlah isu politik tetapi ianya isu masa depan bangsa dan negara. Disini dimuatkan laporan akhbar berkaitan hasil dan resolusi yang dibuat oleh universiti-universiti tempatan terhadap PPSMI. Minta para pelajar dan para pendidik dapat membacanya untuk mengetahui situasi yang berlaku sekarang.

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.

sumber : malaysiakini.com

Matahari Terbit Disebelah Barat Di Planet Mars

Planet Mars mengalami Retrograde (Matahari terbit di sebelah barat)

Mars telah mengalami peristiwa retrograde, dimana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi disebelah Barat.

Maklumat dari NASA tentang Planet MARS seperti berikut :

MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!

Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berpikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa tersebut dimasa yang akan datang.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit disebelah barat.Pada masa ini, Taubat sudah tiada " (Hadith: Muslim )

Lawati web berikut untuk memahami bagaimana fenomena ini berlaku:

http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html

http://apod.gsfc.nasa.gov/apod/ap080511.html

http://famhar.multiply.com/journal/item/26

sumber-http://islamisukinionline.page.tl/

Keajaibah Al-Quran mengikut analisa matematik

JUMLAH BILANGAN SESUATU NAMA YANG DISEBUT BEBERAPA KALI DI DALAM AL-QURAN

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali

DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


wallahu’alam


sumber-http://islamisukinionline.page.tl/

Keunikan Cap Jari Manusia

Saat dikatakan dalam Al Qur'an bahwa adalah mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia setelah kematiannya, pernyataan tentang sidik jari manusia secara khusus ditekankan:

"Apakah manusia mengira bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) ujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al Qur'an, 75:3-4)

Penekanan pada sidik jari memiliki makna sangat khusus. Ini dikarenakan sidik jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki serangkaian sidik jari yang unik dan berbeda dari orang lain.

Itulah mengapa sidik jari dipakai sebagai kartu identitas yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan untuk tujuan ini di seluruh penjuru dunia.

Akan tetapi, yang penting adalah bahwa keunikan sidik jari ini baru ditemukan di akhir abad ke-19. Sebelumnya, orang menghargai sidik jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al Qur'an, Allah merujuk kepada sidik jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada arti penting sidik jari, yang baru mampu dipahami di zaman sekarang.

Sumber:http://www.keajaibanalquran.com/

Saturday, March 14, 2009

Sukan Tahunan SMKTD2 Kali-1

KAU BOLEH

Kerabu Pucuk paku

Lagu nie aku memang suke...Jong denga kejak..

Friday, March 13, 2009

Kilauan Pingat Mula Kelihatan

Akhirnya kilauan pingat yang ditunggu-tunggu oleh kontinjen SMKTD2 muncul pada hari kelima dan keenam kejohanan olahraga MSSD Gombak.
Pingat pertama disumbangkan oleh atlit 1500m kelas P2, iaitu Saudari Logeswari. Beliau berjaya mendapat pingat perak pada acara yang dilangsungkan pada 11 Mac. Manakala pingat kedua disumbangkan oleh Saudara Nur Arif apabila merangkul pingat gangsa dalam acara 200m P2 pada 12 mac.
Syabas kepada kedua-dua atlit yang telah mengharumkan nama sekolah pada tahun ini.

Tuesday, March 10, 2009

MSSDG 10 mac 2009

Hari nie dua orang atlit SMKTD2 melayakkan diri ke peringkat akhir acara 400m. Muhammad Irfan bagi acara 400m L2 dan Logeswari bagi acara 400m P2. Namun begitu kedua-duanya telah gagal menyumbangkan pingat kepada kontinjen SMKTD2.

Walaubagaimanapun, syabas buat kedua-dua atlit kerana melayakkan diri ke peringkat akhir. Cuba lagi tahun hadapan. SMKTD2 BOLEH!.

Monday, March 9, 2009

Sukan Tahunan Kali-1

Pada 1 Mac 2009, baru-baru ini tercatatlah sejarah buat SMK Taman Desa 2 apabila buat pertama kalinya menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, unit ko-korikulum berusaha sedaya upaya untuk memastikan sukan tahunan ini berjalan dengan sebaiknya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat terutana Pn Hajah Nor Azila (PK Ko) dan En.Faizul (SU Sukan).

Sejarah juga tercatat apabila dengan rasminya semua rumah sukan menggunakan nama rasmi masing masing. Rumah merah dikenali sebagai rumah MERAK, rumah kuning dikenali sebagai rumah KENYALANG, rumah biru kini dipanggil rumah BELATUK dan rumah hijau sebagai rumah HELANG.
Semua pemenang pada tahun ini dengan sendirinya merupakan pemegang rekod bagi acara-acara yang mereka sertai, dengan kata lain semua peserta merupakan pencipta rekod kejohanan. Kejohahan juga telah diserikan dengan persembahan daripada pasukan sorak daripada setiap rumah sukan.



Pelbagai aksi dan gaya kreativiti dipersembahkan olah pasukan-pasukan sorak untuk memikat hati para juri bagi menjadi juara abtara pasukan sorak.Kejohanan pada kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah iaitu En.Husni dan diserikan dengan kehadiran AJK-AJK PIBG dan ramai ibu bapa.







Saudari Ayuni dari rumah Kenyalang dan Saudara Shahdan dari rumah Helang telah dipilih sebagai olahragawati dan olahragawan sekolah pada tahun ini.





Rumah BELATUK telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan Sukan Tahunan kali ini sekaligus mencatat sejarah sebagai rumah sukan pertama menjadi juara sukan tahunan SMKTD2. Syabas.

Thursday, March 5, 2009

Keputusan MSSDG 09 (4/3/09)

Atlit-atlit SMKTD2 telah menunjukkan taringnya pada tahun ini dengan beberapa orang telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Berikut adalah atlit-atlit yang layak ke separuh akhir. SYABAS.

Nur Arif & Wan Adam : 100m L3
Muhammad Irfan & Syafiq : 100m L2
Nurul Hafida : 100m P2

Aliff Aiman : 400m L2
Logeswary : 400m P2
Nurainie : 400m P3

Muhammad Nurarif & Wan Adam : 200m L3

PASTIKAN KE AKHIR DAN MENGGONDOL PINGAT EMAS. SMKTD2 BOLEH!!

Antara wajah-wajah yang berjaya ke separuh akhir.



MSSD Gombak 2009

SMK Taman Desa 2 tidak ketinggalan menghantar pasukan olahraganya ke Kejohanan MSSD Gombak 2009. Seluruh warga SMKTD2 mendoakan kejayaan gemilang daripada barisan atlit tahun ini. SMKTD2 BOLEH!!


Barisan atlit harapan bergambar bersama tenaga-tenaga utama Unit Ko-Kurikulum.












Ketua Jurulatih merangkap drebar.
Garang tu...













Jurulatih, drebar, PBSM & Tugas-tugas Khas.

Tuesday, March 3, 2009

Apakah hukum menggantung gambar keluarga?

Oleh : Ustaz Ahmad Azhar Fadzil
(Mingguan Wasilah - bil 100 (68), 1-7 Mac 2009)

Jika gambar itu adalah gambar yang bersopan, menutup aurat dan tidak ada sebarang imej yang bertentangan dengan syarak, Insya-Allah harus dipamerkan. Namun hendaklah jelas niatnya, yakni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga akan tetapi sekadar untuk menzahirkan nikmat Allah atau anugerahNya, untuk memberi semangat kepada orang lain atau sebagai niat-niat yang positif.
Di dalam hadis Nabi, Rasulullah s.a.w. hanya melarang gambar lukisan dan patung-patung kerana ia menandingi ciptaan Allah. Adapun gambar foto, ia tidaklah menandingi ciptaan Allah kerana ia bukan lukisan, akan tetapi rakaman yakni merakam kejadian Allah yang asal diatas kertas. Maka tidak timbul unsur menandingi ciptaan Allah. Ada juga dikalangan ulamak tidak mengharuskan gambar foto kerana mereka menyamakannya dengan lukisan yang dilarang oleh Nabi. Pandangan kedua ini menjadi pegangan ulamak-ulamak Arab Saudi. Adapun pandangan pertama tadi, ia menjadi pegangan ulamak-ulamak Mesir termasuk Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan pandangan pertama inilah yang saya pilih. Wallahu a'lam.

Yang susah nak BERHENTI MEROKOK, baca nie

Sunday, March 1, 2009

Movie baru untuk mesyuarat PIBG 7/3/09

Perbezaan antara ILMU dan HARTA

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut bakhil" (kedekut)
5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
9. Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.