DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Sunday, August 29, 2010

BOLEHKAH BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.

3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Apalah yang akan terjadi sekira ianya berlaku di Malaysia.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya termasuk di Malaysia.

Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

UNTUK DIFIKIR, DIANALISIS DAN DIJAWAB

Apakah pula reaksi umat Islam di Malaysia terutama ParaUlama, Ustaz dan Ustazah, Para Alim, Para Ilmuan, Para pemimpin serta semua muslimin dan muslimat sekiranya terdapat Umat Islam sendiri yang memasuki surau / masjid tanpa menutup aurat. Jika yang melakukannya orang bukan Islam, kita sedia maklum mereka memang tidak diwajibkan menutup aurat, ianya sekadar menghormati rumah ibadah umat Islam. Tetapi jika Orang Islam sendiri yang mengucap kalimah syahadah dan diwajibkan menutup aurat tetapi dengan angkuhnya memasuki rumah Allah swt tanpa menutup aurat dan rasa berdosa. Apakah mereka diharamkan memasuki rumah Allah swt seperti mana kononnya kita patut mengharamkan orang bukan Islam memasuki rumah Allah swt untuk menjaga kesucian rumah Allah swt.

gambar sekadar hiasan

Dewasa ini ramai gadis dan wanita Islam yang tidak menutup aurat, apakah salah sekiranya kita membawa mereka ke rumah Allah swt tanpa menutup aurat untuk memberikan tarbiah kepada mereka agar mereka kembali mengenali Islam, moga-moga hati mereka dekat dengan Islam dan akhirnya bukan setakat mereka kembali menutup aurat malahan menjadi muslimah Islam sejati, InsyaAllah.

Saya mencadangkan semua pihak yang berautoriti mestilah duduk semeja untuk membicara serta membincangkan perkara ini semasaknya berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Perbincangan serta pendapat daripada individu-individu yang tidak mempunyai ilmu yang mencukupi hanya akan merosakkkan serta memberikan gambaran buruk tentang Islam yang syumul ini kepada bukan sahaja orang bukan Islam malahan juga umat Islam sendiri.

Sebarkan dapatan perbincangan tersebut secara jujur dan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah swt agar Islam yang mulia ini mendapat hati orang bukan Islam serta menambahkan keimanan umat Islam kepada agamanya. Amin.


P/S : Semua yang dinyatakan diatas adalah merupakan fakta serta dalil untuk difikirkan oleh para pembaca. Setiap dari kita semestinya mempunyai pendapat dan pandangan sendiri yang saya yakin berlandaskan iman dan ilmu yang mencukupi untuk anda membuat kesimpulan. Sebagai owner kepada blog, saya berharap agar artikel ini memberikan manfaat kepada semua pembaca demi menjamin kesucian dan kemuliaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Monday, August 23, 2010

HUDUD ! APA YANG NAK DITAKUTKAN SANGAT

Sesungguhnya qisas dan hudud itu datang dari Allah swt. Allah swt lebih mengetahui hukuman yang setimpal untuk manusia yang melakukan kesalahan bersabit qisas dan hudud. ALLAH yang menciptakan manusia, DIA lebih mengetahui siapakah manusia itu.

Siapalah kita manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah swt untuk mempertikaikan hukuman Allah swt ini. Bagi yang tidak berilmu, janganlah sewengang-wenangnya berbicara tentang huhud dan qisas ini. Bagi para ulama dan ilmuan Islam, pastikan anda meletakkan hudud dan qisas di tempat yang sepatutnya, biarpun nyawa menjadi galang gantinya.

Manusis yang melakukan kesalahan bersabit hudud dan qisas hendaklah dilaksanakan hukuman hudud dan qisas terhadapnya tanpa sebarang pertikaian dan perbahasan. Jika telah disabit kesalahan, maka JALANkanlah hukuman kerana Allah swt.

Wednesday, August 18, 2010

BAHAYA SERANGAN 5S YAHUDI KEATAS REMAJA ISLAM

Pihak Yahudi LaknatuLlah telah merancang sistem 5 S yang diadaptasi daripada 24 Protokol Yahudi dan sistem 5 S tersebut ialah Song (memberikan hiburan melampau), Sex (memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas), Sport (menganjurkan sukan yang membuka aurat), Stim (dadah, arak dll) serta Strok (Otak menjadi jammed dan tidak dapat berfikir).

Generasi muda Islam pada hari ini boleh dikatakan berada dalam zon yang ‘bahaya’. Keruntuhan akhlak generasi muda pada hari ini khususnya remaja semakin lama berada pada tahap yang kritikal.

Hal ini berlaku kerana serangan pemikiran (ghazwatul-fikr) yang kian mencengkam hidup generasi muda dan ianya berlaku di sekeliling kita sehinggakan ramai umat Islam kini telah di doktrin oleh pengaruh pemikiran dari musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam khususnya generasi muda Islam jatuh tersungkur.

Hakikatnya hari ini musuh-musuh Islam menggunakan media massa sebagai senjata untuk menyebarkan serangan pemikiran ini dengan menggalakkan hedonisme (budaya hiburan yang melampau). Akibatnya, hari ini banyak maksiat berlaku secara berleluasa seperti lepak, dadah, judi, khalwat, zina (couple), mencuri, black metal, vandalisme, ajaran sesat, membunuh, hidu gam, berpakaian seksi, puja artis dan lain-lain lagi.

Tujuan serangan pemikiran ini adalah untuk mengeluarkan orang Muslim dari ajaran Islam yakni tiada pegangan akidah yang kuat dengan Allah dan tidak punya syakhsiyyah akhlak yang melambangkan keperibadian sebagai seorang Muslim.

Taktik “serangan pemikiran” ini bermula ketika selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. “Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka”. Ini dapat dirujuk dengan kata-kata pemimpin tentera Salib, King Louis VII , “Kita tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini (al-Quran)".

Di sebalik perancang utama agenda serangan pemikiran ini adalah golongan musuh-musuh Islam seperti golongan Yahudi LaknatuLlah dan Nasrani (Kristian) dalam melumpuhkan generasi muda Islam. Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (sebenarnya)."Dan jika engkau mengikut keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepdamu tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah." (Surah Al-Baqarah ayat 120)

Ghazwatul fikr ini merupakan di antara serangan oleh musuh Islam yang paling berkesan kerana untuk mewujudkan serangan ini, ia tidak memerlukan modal yang tinggi, sasaran serangan ini juga tidak kira seiapapun namun ditujukan khas buat umat Islam, dan paling penting bahawa keberkesanan "senjata" ini adalah mangsa serangan tidak mengetahui bahawa dia diserang dan pemikiran mereka dikuasai. Akhir sekali, kesannya adalah gaya berfikir ataupun pola pemikiran mangsa-mangsa tersebut mengikut acuan musuh-musuh Islam.

Generasi muda Islam perlu menyedari hal ini dan berusaha untuk mematahkan serangan-serangan pemikiran sebegini kerana ia mudah menjerumuskan diri kita kearah kegiatan keruntuhan akhlak dan di sini saya mengajak kepada para sahabat sekalian agar mempraktikkan Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan kerana Islam Is The Way Of Life di samping itu juga kita hendaklah memperdalamkan ilmu Islam, menjauhi kemaksiatan dan istiqamah beribadah kepada Allah secara konsisten.