DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Wednesday, March 16, 2011

TERKINI!! Bencana Jepun: Reaktor Nuklear Sudah Tidak Dapat Diselamatkan!!

TERKINI!!


Jepun Arah Pekerja Tinggal Loji, Keadaan Tidak Terkawal

Jepun hari ini mengarahkan kesemua pekerjanya bertindak keluar dari kawasan loji tenaga nuklearnya di sebelah timur laut yang rosak teruk akibat bencana berganda Jumaat lalu.

Arahan itu dikeluarkan ekoran peningkatan paras radiasi yang terbocor ekoran siri kebakaran dan letupan di kompleks tenaga nuklear Fujishima hari ini, lapor agensi berita Kyodo.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Jepun sudah tidak mampu untuk mengawal krisis nuklear ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Dalam perkembangan awal pagi tadi, krisis nuklear di negara itu semakin genting ekoran kebakaran baru di kompleks tenaga nuklear di timur laut dan dua pekerja kompleks itu dilaporkan hilang.

Krisis nuklear Jepun lebih teruk dari Three Mile Island

ANALISIS

Keadaan di loji nuklear yang dilanda gempa bumi di Jepun, kini semakin teruk sehinggakan ada kesepakatan bahawa krisis tersebut lebih besar daripada kemalangan di Three Mile Island pada 1979, serta wujud kebimbangan yang ia akan menjadi lebih parah lagi.

Pada akademik dan ahli nuklear bersetuju bahawa masalah di reaktor Fukushima Daiichi adalah parah, dan jalan penyelesaian yang dicadangkan itu merupakan usaha terakhir untuk membendung apa yang mungkin diingati sebagai bencana industri yang terburuk di dunia.


Semua enam reaktor di kompleks tersebut mempunyai masalah -sama ada bumbungnya tercabut, potensi keretakan struktur penahanan, batang bahan bakar terdedah atau risiko berlaku letupan yang setakat ini, cukup besar untuk memaksa langkah-langkah kecemasan diambil.

Yang paling dibimbangi ialah kebakaran di kolam besar yang menempatkan batang bahan bakar atom dan letupan di bangunan yang menempatkan kolam dan reaktor No 4. Kolam itu terdedah pada unsur-unsur yang berbeza dengan teras reaktor yang dilindungi dalam besi baja dan konkrit.

Kemalangan di loji Mile Three Island di Pennsylvania pada 1979 merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Separuh daripada teras reaktor dalam satu unit, lebur akibat kehilangan pendingin, meskipun tidak mengakibatkan kecederaan.

Kemalangan Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 pula adalah yang terburuk dalam sejarah industri tersebut, apabila letupan mengakibatkan awan bahan radioaktif yang menutupi sebahagian besar Eropah.

Beberapa pakar berkata, pihak berkuasa Jepun tidak mahu membesarkan keparahan insiden tersebut, khususnya pada skala yang disebut INES yang digunakan untuk menentukan tahap insiden nuklear.

No comments:

Post a Comment