Ramai yang takut minum kopi kerana takut dengan kandungan kafein yang ada di dalam kopi. Namun apa yang peliknya mereka adalah peminum setia NESCAFÉ. Bila jumpa produk yang tertulis KOPI, mereka akan mengelaknya dengan alasan kesihatan tetapi mereka inilah yang akan memesan NESCAFÉ, NESCAFÉ O atau NESCAFÉ ais apabila singgah dimana-mana kedai makan.
Walhal, NESCAFÉ juga adalah sejenis minuman kopi yang tidak menggunakan KOPI sebagai pengenalannya. NESCAFÉ adalah jenama hasil gabungan perkataan 'Nes' dari Nestlé dan perkatan café. Perkataan NESCAFÉ kali pertama diperkenalkan di Switzerland pada 1 April 1938. Sekitar 1950-an, NESCAFÉ mula menjadi minuman utama di coffee-house kepada pelanggan-pelanggan di USA, Great Britain dan Perancis sambil menikmati lagu-lagu rock ’n’ roll.
Inilah sedikit fakta tentang NESCAFÉ. Kepada penggemar-penggemar kopi, beralihlah kepada kopi-kopi buatan umat Islam kita.
Sejarah NESCAFÉ
Kita semakin ke penghujung
1 year ago
No comments:
Post a Comment