DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Thursday, December 24, 2009

TAKAFUL IKHLAS - AMAL CONSULTANT & MANAGEMENT

AMAL Consultant & Management
(001711682 - H)
No 12B, Jln Rawang 3,
Bandar Baru Rawang,
48000. Rawang.
Selangor.


Tel : 03 - 6093 4248
Fax : 03 - 6093 4249

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN & NASIHAT

TAKAFUL KELUARGA (HAYAT)
* Skim Simpanan
* Skim Pendidikan
* Skim Perlindungan Wanita
* Skim Perubatan (Medical Card)

TAKAFUL AM
* Skim 'Houseowner / Householder'
* Skim Perlindungan Kebakaran
* Skim 'Contractors All Risks'
* Skim Ikhlas Niaga

TAKAFUL BERKELOMPOK
* Skim Khairat Kematian
* Skim Persaraan
* Skim Perubatan (GHS)
* Skim 'Personal Accident'

JUGA MENGURUSKAN PEMBAHARUAN
INSURANS KENDERAAN DAN CUKAI JALAN

Untuk keterangan lanjut

HUSZAIDEY THAMBY HUSSAIN
Executive Director
013 - 3614246

HARLINA MOHAMED HUSSIN
Perunding Takaful
017 - 297 1962

Wednesday, December 23, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

Sesiapa yang nak download Rancangan Pengajaran Tahunan 2009 bolehlah cuba kat link yang disediakan dibawah nie. Bolehlah modified sikit untuk sesuaikan dengan tahun 2010.
InsyaAllah kalau ada RP 2010 nanti saya akan cuba sediakan linknya.

MENENGAH ATAS

Tuesday, December 22, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Melaka, 18 Dis 2009 - Memulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 10.00 pagi. Kami sekeluarga bertolak ke Melaka untuk percutian keluarga. Singgah Dengkil dulu, sebab abang Arfan & keluarga tunggu sana, follow je abang Arfan sebab aku memang tak tahu jalan.
Cadangnya menginap di Pantai Pengkalan Balak, hirup udara pantai & rapatkan hubungan keluarga. Anak-anak pun seronok dapat mandi pantai. Fisrt time dapat mandi pantai, seronok bukan main.
Esoknya gi Banda Hilir, naik Menara Taming Sari, ramainya orang, kena berbaris panjang, tapi tak apelah, hujan pun lebat, tak leh gi mana-mana. Dapat gak tengok Bandar Melaka dari udara. Si Aidil nangis, takut naik tinggi, sampai turun baru stop nangis. Yang lain happy je. Seronok gak naik tinggi-tinggi nie. Pastu pi shopping kat Banda Hilir. Habiskan stok duit, esok ambik duit lagi.
Hari Ahad, nak berangkat balik, rasa tak puas lagi bercuti, tapi pulus kena sedia lebihlah kalau nak stay lagi he..he... Anyway, kami berangkat pulang.
Gi melancong dulu. Tempat pertama, Taman Rama-Rama. Tengok jelah gelagat budak-budak tu tengok binatang, macam tak pernak jumpa. Memang tak pernah jumpa pun. Kat rumah korang ada ular besau batang pokok ke, tak pun korang ada bela beruk tak, atau pun ada tak korang bela harimau kat bilik. Aku tak ada semua tu. So, memang lah budak-budak tu tak pernah jumpa, lari sana, lari sini, jerit sana, jerit sini. Seronok & Happy.
Pas nie nak gi Mini Malaysia & Zoo Melaka. Kat Mini Malaysia tak ada apa-apa dah, harap tiket masuk je mahal. RM12 dewasa & RM7 kanak-kanak. Mahal woo. Tapi rumah semua macam tunggu masa nak roboh. Buluh kat rumah Sarawak dah tahap kena bakar je. Kejap je kat sana, yang lamanya MAKAN.
Zoo Melaka, alamak hujan lagi lah, tak dapat nak menikmati keindahan fauna dan flora kat sana. Macam bahasa saintis lah pulak. Tapi berbaloilah juga dapat tengok banyak haiwan-haiwan yang menarik. Yang paling penting, anak-anak semua gembira & seronok tengok haiwan-haiwan dalm zoo. Nak ambik gambar pun dah tak larat dah. Nie je gambar untuk kenangan.
OK lah, lain kali kita pergi bercuti lagi. InsyaAllah.





Sunday, December 6, 2009

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2010

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2010 31.01.2010 21
Hari Persekolahan 01.02.2010 28.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 11.03.2010 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 31.03.2010 9
Hari Persekolahan 01.04.2010 29.04.2010 21
Hari Persekolahan 02.05.2010 31.05.2010 22
Hari Persekolahan 01.06.2010 03.06.2010 3
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
II Hari Persekolahan 20.06.2010 30.06.2010 9
Hari Persekolahan 01.07.2010 29.07.2010 21
Hari Persekolahan 01.08.2010 31.08.2010 23
Hari Persekolahan 01.09.2010 02.09.2010 2
Cuti Pertengahan Tahun 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 30.09.2010 15
Hari Persekolahan 03.10.2010 31.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 18.11.2010 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II
Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wednesday, November 25, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Alhamdulillah. Pada 17/11/09, tepat pukul 2.30 pagi. Abah dan Mak tersayang, bersama Pak usu dan Mak Usu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Semoga dikurniakan haji mabrur, Amin.
(Ini kamera punya tarikh sudah pening dah, satu bulan awal dah)





JENG...JENG...JENG....Geng Motor BTP


Saturday, November 21, 2009

HARI RAYA QURBAN 27 NOVEMBER 2009


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

HUKUM ALLAH (HUDUDULLAH)

mail : reja nass

Kita mengaku islam,menunaikan rukun islam,tapi kita menolak hukum Allah.Kita ingkar dalam kesyukuran.Firman Allah maksudnya dalam surah Al Maaidah;

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."SURAH AL MAAIDAH:38:39:40
Dalam situasi sekarang di Malaysia,dimana kadar jenayahnya semakin meningkat,pihak kerajaan harus mengorak langkah yang berani untuk menegakkan hudud Allah.Rata-rata rakyat Malaysia dimomokkan oleh media arus perdana tentang kononnya hudud Allah ini tidak adil,tidak berperikemanusiaan(kononnya tidak sesuai dengan hak asasi manusia).Soalan untuk golongan anti hudud Allah khususnya yang mengaku dirinya islam yang begitu lantang mempertikaikan hukum hudud Allah.

Tidak sedarkah mereka bahawa kita ini milik Allah,Allah yang mencipta kita.Jika kita gunakan perumpamaan mudah.Seorang jurutera pakar,telah mencipta sebuah kapal selam perang.Jurutera pakar ini lebih tau tentang ciptaannya,kelemahan ciptaannya dan kekuatan ciptaannya berbanding kita yang tidak memiliki ilmu kejuruteraan kapal selam perang.Bayangkanlah pula ilmu Allah,umpama lautan luas,kita hanya mampu perolehi apa yang tinggal di sebatang pen apabila decelup didalam lautan luas itu.

Sama-samalah kita fikirkan,jika kita telah melengkapkan lima rukun islam kita,adakah kita masih mahu menafikan dan mempertikaikan hukum Allah ini.

Sunday, November 8, 2009

9 Jenis Pembaziran



Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Email : Lamar


Perkara-perkara yang perlu ditinggalkan

Kurangkan makan bawang besar


Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)
kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

Monday, October 19, 2009

40 Gempa Di Malaysia Sejak 2007

Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.

"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.

"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di Petaling Jaya.


Dakwa dinding, lantai retak

Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.

Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.

Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.

Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.

Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Geosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.

"Kami juga akan menemubual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.

"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.

Dua kali gempa agak kuat

Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu hingga 10 batu di bawah permukaan bumi.

"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.

Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim Kedah dan yang terbaru di Jerantut Pahang, manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.

"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.

Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini.

MENGENAL MADU ASLI

1. Semut bukan tak makan madu tetapi semut tu akan mati sebab madu tu panas melainkan semut tu dapat minum air cepat, Jadi biasanya instinctnya tak minum madu.

2. Madu tak akan basi selama-lamanya.

3. Warna madu berubah ikut musim bunga pokok. Ada madu yang gelap dan ada agak cerah sedikit [ gelap sedikit dari warna minyak kelapa ]

4. Kemanisan madu bercampur seditit rasa masam dan bila minum rasa ada berkuap / pressure dan 'panas sikit' ketika melalui kerongkong.

5. Ada madu yang pekat [ tua ] macam minyak pelincir [50-79w]. dan ada yang kurang pekat.[15-25] Tidak ada madu yang cair seperti air.

6. Kalau simpan terlalu lama mungkin ada sedikit lapisan sediment iaitu bermacam mineral dan ash yang ada dalam madu. Ia tak kan berbekas pada container kacteramat nipis saja.

7. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [ kalau putih tu gula ]

8. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah.

9. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering.

10. Tidak mudah mengambil madu apa lagi madu lebah liar / hutan. Kalau dijual sebotol 1kg RM 200 pun boleh beli kerana banyak sekali khasiatnya.

11. Yang biasa dijual tu madu lebah bel / ternak. Diberi makan air gula dan masih ada juga madu bunga-gunga yang boleh didapatnya. Kira boleh lah berbanding air gula.

12. Madu Asli banyak gunanya selain kesihatan badan boleh guna jika ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. Boleh makan dengan telur dan banyak lagilah khasiatnya. Telur tu boleh masak hanya dicampur madu.

PENIPUAN

Biasanya penipuan dilakukan dengan menggunakan air gula batu dimasak dengan nenas masak hingga rupanya kemerahan gelap macam madu asli. Mereka masukkan sedikit madu asli dan sarang lebah agar menimbulkan aroma madu...Bila simpan gula akan mendap dan nampak dengan jelas. Merbahaya jika diamalkan boleh kena diabetes sedangkan madu boleh mengubati diabetes.

Tuesday, October 13, 2009

Aktiviti Lepas PMR

Nak tau apa budak-budak T3 buat lepas PMR nie.
kat bawah nie sebahagian daripada aktiviti wajib mereka.
Tak caya tengok kat bawah
Keh..Keh..keh,..





HABIS DAH PMR


Mulai hari nie semua budak-budak PMR dah ada di awan-awangan. PMR habis dah, gembiro betoi... Tapi harap-harap masa dapat result nanti semua gembiro macam hari nie jugak...Amin...

Wednesday, October 7, 2009

PMR bermula

Selamat Menduduki PMR buat warga SMKTD2 dan SBPI Rawang


Kenangan Aidilfitri 2009 - Pontian

Thursday, October 1, 2009

Finger Paintings....Amazing

here are amazing!!!

It'll take him four hours to do a hand. Then he photographs it for posterity. I cannot imagine how he does the eyes so remarkably lifelike. It took him 10 hours to do the two-handed Eagle in picture #2.












Wednesday, September 23, 2009

Apa Selepas Ramadhan?

APA SELEPAS RAMADHAN?

“Apa selepas Ramadhan?” persoalan berat yang mengulang datang.

“Kembali kepada diri sebelumnya?” kebarangkalian yang amat meletihkan.

Timbul bibit sesal.

“Mampukah untuk terus berlaku baik dan terus menerus menambah baik?” pertanyaan yang berat di pertimbangan. Segalanya menjadi bahan renungan pada malam-malam akhir melepaskan Ramadhan. Menggamit Syawwal dengan seribu satu persoalan, yang kesemuanya adalah tentang ISTIQAMAH. Itulah persoalannya. Istiqamah, konsistensi untuk kekal baik dan lebih baik.

KEPELIKAN

Memang pelik, manusia berbondong-bondong mengejar solat SUNAT Tarawih di Masjid, tetapi lengah terhadap solat FARDHU yang WAJIB sepanjang masa.

Pelik benar Ramadhan diisi dengan al-Quran, 11 bulan yang lain, al-Quran ditinggalkan.

Janggal benar, Ramadhan menutup aurat, bulan-bulan yang lain macam berubah hukum, berubah Tuhan… justeru asing sekali, puasa sudah puasa, tetapi SOLAT belum-belum juga!



Semua itu adalah sebahagian daripada kepelikan kita.

Keganjilan yang terbit daripada berlainannya watak dan pembawaan kita di dalam bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan. Itulah kusutnya persoalan istiqamah.

BEBAN ISTIQAMAH

“Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?” tanya sahabat kepada baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.

Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman.

Bagaimanakah Ramadhan dan segalanya boleh kekal hingga ke penghujung, khawatim yang hasanah?

RUKUN ISTIQAMAH

Tiada andaian-andaian yang bisa membantu seseorang itu untuk beristiqamah, melainkan harus patuh kepada rukun-rukunnya yang dibentangkan Allah di dalam surah Hud.

Di dalam konteks yang lebih umum, saya telah bahaskan hal ini di dalam artikel bertajuk, AGAMAKU BERDIRI DI ANTARA DUA JANGAN. Akan tetapi, peraturan-peratuan Allah itu akan cuba kita sesuaikan dengan Ramadhan serta ibadah-ibadahnya sebagai proses juga perlatihan. Betapa Ramadhan itu memang sebuah perlatihan untuk menghasilkan istiqamah.

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 112 hingga 115:



* (112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
* (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
* (114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
* (115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

RUKUN PERTAMA: JANGAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA



“Janganlah kamu melampau”

Biasa sekali kita ketemu orang yang cenderung kepada perbuatan melampau dalam beragama. Tidak perlu kepada contoh-contoh yang ekstrim. Cukup sekadar melampau itu diertikan sebagai melakukan sesuatu melebihi apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, dengan sangkaan bahawa memberat-beratkan diri dengan melampaui perintah Allah itu petanda kepada TAQWA.

Di bulan Ramadhan, melampau dalam beragama itu dirawat seawal teguran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada perbuatan berpuasa yang berlebih-lebihan meliputi puasa berterusan selama 3 bulan bermula dari Rejab, Syaaban hingga ke akhir Ramadhan.

Uniknya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengingatkan kita sesuatu tentang amalan bersahur dan melewatkannya, serta amalan menyegerakan berbuka puasa.

“Bawa bertenang, kalau tak bersahur pun bukannya tak boleh. Jom makan siap-siap. Ini pun dah jam 12 malam” kata seorang anak muda kepada rakannya.

“Alahai, aku agak dah. Jalan mesti sibuk punya. Tak apalah, bukannya mati berbuka lewat setengah jam” kata seorang lelaki yang terperangkap di tengah-tengah lautan kereta.

Sikap mengabaikan amalan bersahur dan membiarkan kejadian terlewat berbuka puasa kerana terperangkap di dalam traffic jam yang sudah dijangka, adalah menyanggahi peringatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.



Daripada ‘Amr bin al-’Aas radhiyallahu ‘anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Pemisah di antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah (kita ini) makan sahur” [Hadith Riwayat Muslim (1096)]



“Agama kita akan teguh nyata selama mana orang ramai menyegerakan berbuka puasa kerana sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani itu melewatkannya”

Begitu signifikan sekali perintah menjamah sahur serta menyegerakan berbuka puasa, hingga kedua-duanya dikaitkan dengan soal jati diri, pembeda di antara Muslim dengan Yahudi dan Nasrani. Dalam erti kata yang lain, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menggambarkan kepada kita bahawa berpuasa lebih awal dari yang sepatutnya, dan lebih panjang dari yang telah ditetapkan, menyerupai pemikiran dan kecenderungan Ahli Kitab, Yahudi dan Nasrani.

Kecenderungan apakah itu?

Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah kecenderungan kepada perbuatan melampau dalam beragama.

Kemusnahan ajaran Yahudi dan Nasrani banyak berlegar di sekitar perbuatan melampau dalam beragama. Lihat sahaja kepada idea mengharamkan perkahwinan semata-mata kerana mahu mendampingi Tuhan. Lihat sahaja pemujaan Nasrani ke atas Nabi Isa ‘alayhi al-Salam yang mengangkat baginda ke maqam Tuhan… dan banyak lagi contoh betapa penafsiran dan pemahaman terpesong yang melampaui ketetapan Allah SWT amat mengundang binasa.

Justeru di bulan Ramadhan, perbaikilah kecenderungan diri kita yang sering menganggap perkara-perkara yang berat dan susah itu sebagai jalan menuju TAQWA.

Sesungguhnya sifat melampau dengan mengabaikan penagguhan sahur ke hujung malam sahur serta kesegeraan Iftar ketika sampai masa berbuka, juga memberat-beratkan ibadah puasa hingga berpuasa di sepanjang Rejab, Syaaban dan Ramadhan, apatah lagi puasa di sepanjang tahun… perbuatan melampaui perintah Allah itu mencabar upaya konsistensi.

Justeru amalan yang sederhana malah sedikit tetapi konsisten itulah yang terbaiknya. Juga sebaik-baik amalan adalah mematuhi had minimum juga had maksimumnya kerana “sesungguhnya berlebihan dan berkurangan adalah adik beradik,” kata Sheikh Fadhl Hasan Abbas ketika menyentuh isu ini (Al-Khumasiyyat al-Mukhtarah fi Tahdhib al-Nafs al-Ammarah)

Keterangan-keterangan al-Quran sering menyertakan perbuatan melampau ini dengan fasad. Melampau punca kerosakan. Sifat melampau (taghut dan tughyan) itu dirujukkan kepada kaum ‘Aad dan Thamud, Firaun dan Qarun, bahawa melampau mereka itulah yang mengundang kerosakan dan kebencanaan.

Bukan hanya pada soal moral dan akhlaq, malah hukum Allah pada alam juga begitu. Melampau pada makan minum, binasa badan, melampau pada meratah alam, kehidupan manusia binasa. Sifirnya mudah, melampau itu membunuh keseimbangan. Ia tidak mesra alam, kerana itu ia dicela Pemilik alam.

Jangan melampau dalam beragama. Pada amalan, juga pada prinsip, pemikiran dan perasaan.

Masyhur tercatat, sahabat yang kepingin solat malam tanpa tidur, puasa tanpa iftar dan beribadah tanpa nikah, dicela oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kerana itu bukan caranya manusia berTuhan.

Semua harus seimbang.

Puasalah, tetapi berbukalah juga. Bangunlah malam, tapi peruntukkan juga masa untuk tidur. Beribadahlah semahunya, tetapi bernikah juga.

Enggan pada peraturan seimbang ini, “engkau bukan dari umatku” kata Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

RUKUN KEDUA: JANGAN CENDERUNG KEPADA GOLONGAN YANG ZALIM

Melampau itu zalim, kerana ia meletakkan pemikiran dan tindakan di luar neraca agama yang ditentukan Allah. Lantas kezaliman itu juga harus dihindarkan sejajar dengan rukun kedua Istiqamah, iaitu jangan pula cenderung kepada golongan yang zalim.

Jangan zalim, dan jangan cenderung kepada si zalim.

“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”



Hasan al-Basri pernah menyebut, “telah dijadikan agama itu di antara DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim”

“Cenderung yang bagaimana?” saya bertanya.

“Cenderung pada dua keadaan. Sama ada kecenderungan prinsip dan emosi, atau kecenderungan pada kebergantungan” kata Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam bukunya al-Khumasiyyat al-Mukhtarah yang berada di tangan saya.

Kecenderungan pertama yang menghapuskan Istiqamah dan konsistensi, ialah pada kecenderungan hati dan emosi kepada manusia yang berlaku zalim. Hatinya tidak menolak, malah cenderung pula dengan jiwa dan perasan, atas sebab yang pelbagai. Rasa terhutang budi, lemah pendirian, semua itu boleh sahaja menjadi puncanya.

Manakala kecenderungan kedua pula, ialah berbalik kepada makna perkataan RUKUN yang digunakan di dalam ayat itu tadi. Rukun itu adalah tempat bersandarnya sesuatu, sebagaimana struktur rumah bergantung kepada tiang yang disebut RUKUN. Maka mereka yang cenderung kepada manusia zalim itu, antaranya ialah manusia yang bergantung kepada si zalim.

Bergantung kepadanya untuk makan minum.

Bergantung kepadanya untuk mengekalkan posisi. Atau apa sahaja kebergantungan yang berbalik kepada penggadaian prinsip itu tadi.



SIAPA SI ZALIM ITU

Oleh kerana ia disebut secara umum, maka Sheikh Fadhl Hasan Abbas memilih untuk mengekalkan konteks umumnya. Si zalim itu boleh jadi orang bukan Islam yang menindas, ia juga boleh jadi Muslim sendiri yang turut berlaku zalim dengan pelbagai wasilah yang ada. Maka konsistensi seorang mukmin amat penting pada mengelakkan diri dari kecenderungan kepada golongan ini.

Manusia zalim itu adalah manusia mensyirikkan Allah, melakukan maksiat dan menindas hak sesama manusia.

Mungkin dalam konteks kehidupan semasa, bagi kita yang telah berhasil membuat perubahan kepada kebaikan, peliharalah rukun kedua ini tatkala berada bersama dengan lingkungan kenalan lama yang masih mengajak kepada clubbing, main golf hingga mengabaikan solat dan sebagainya.

Jangan pula perubahan kita terus membawa kita kepada memencilkan diri dan meninggalkan mereka. Mana tahu, perubahan kita itu boleh menjadi asbab untuk Allah memercikkan hidayah kesedaran yang sama kepada mereka. Tetapi dalam pada kita meneruskan persahabatan dengan mereka, hati jangan cenderung kepada kezaliman, yakni maksiat-maksiat mereka. Jangan kerana mahu menjaga hati, kita terpaksa mengikut kehendak mereka. Andai berlaku perkara sebegini, hilanglah daya diri untuk istiqamah dalam mengekalkan perubahan yang telah dijana.

Mereka perlu didampingi demi dakwah. Tetapi dampingan itu bukan dengan kecenderungan prinsip untuk mengiyakan perlakuannya. Soal pendekatan, itu pelbagai. Tetapi pada melihat kemungkaran dan kezaliman itu sebagai kemungkaran dan kezaliman, ia harus jelas di dalam pegangan diri.

Manusia zalim itu adalah manusia penindas.

Manusia zalim juga adalah manusia menduakan Tuhan.

Manusia zalim itu manusia yang berprinsip salah, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

KISAH TUKANG JAHIT

Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”

Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”

Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.

Istiqamah itu sangat berkait rapat dengan keseimbangan. Seumpama seorang yang meniti di atas jambatan lurus yang kritikal. Sepenuh konsentrasi harus tertuju pada upaya untuk mengimbangkan diri. Jambatan itu terus lurus, namun kegagalan kita mengimbangkan diri dalam perjalanan itulah yang akan menjadikan kita terjerumus.



Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Golongan yang cenderung kepada para zalimin, bukannya dicampakkan ke neraka, bahkan mereka itu disambar oleh api murka Allah. Semua itu terjadi kerana ketiadaan upaya ingkar hatinya terhadap kesalahan berlaku zalim, sesuatu yang Allah sendiri haramkan ke atas Diri-Nya. Justeru tiada pembantu di Akhirat, selepas terhina di dunia kerana tiada pembantu selepas Allah berlepas Diri darinya.



Semoga pelaziman ke masjid di sepanjang Ramadhan menemu dan membiasakan kita dengan manusia-manusia yang baik, sebagai kenalan kehidupan menuju husnul khatimah.

RUKUN TIGA: DIRIKAN SOLAT



Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Istiqamah bersandar kepada Solat. Solat itu menjadikan kita terus menerus berhubung dengan Allah SWT. Pada bahagian siang dan bahagian malam, Solat berfungsi menjadikan seseorang itu sedar akan hidupnya yang berTuhan. Sentiasa connected dengan Allah SWT.

Ramadhan datang dengan pakej Qiyam Ramadhan sebagai perlatihan ke atas diri secara tubi agar solat menjadi kebiasaan. Bukan sekadar suatu pengabdian, malah menjadi kerehatan.

Berehat dengan bersolat? Janggal benar bunyinya.



Janggal, hanya jika kita terlupa bahawa dengan solat itulah setiap kita bercakap dengan Yang Maha Pengasih. Soalnya, adakah kita kekasih yang mengasihi Sang Maha Pengasih itu? Itulah jawapan, sama ada solat menjadi kerehatan buat diri atau sebaliknya.

Orang yang berkasih boleh berbual telefon berjam-jam lamanya. Tidak jemu bercakap dan tidak jemu mendengar percakapan. Kuasa kasih, menjadikan kesusahan hilang keberatan, jadi kenikmatan juga kerehatan.

Jika terbeban dengan solat, tandanya kita tidak mengasihi Kekasih yang Maha Pengasih itu…

Lantas, mampukah kita konsisten, beristiqamah dengan kehendak-kehendak-Nya, tanpa kasih kepada Dia?

Peringatan juga buat kita semua, khuatir sekali jika sepanjang hayat kita bersolat, tetapi lima hari terakhir sebelum mati kita tidak bersolat kerana uzur, walhal selagi masih sedar, selagi itulah kita mukallaf terhadap kewajipan solat itu. Mampukah kita pastikan solat kita hingga ke waktu solat terakhir sebelum berangkat mati?

Allah! Allah!

RUKUN EMPAT: BERSABARLAH

sabar.JPG

Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Sabar itu sudah saya kupas dengan panjang lebar di sepanjang Ramadan, bahawa ia saya fahamkan sebagai keupayaan mengawal diri dan tindakan.

Bersabarlah wahai sekalian kita dalam beribadah, dalam belajar untuk jadi terpelajar.

Bersabarlah wahai sekalian kita dalam berdakwah, agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang mengugat Istiqamah.

Sabar menjadikan kita terhindar dari dorongan emosi yang mengundang sifat melampau. Sabar menghindarkan diri kita dari ghurur dengan ilmu yang kita perolehi kerana sesungguhnya ilmu dan harta adalah dua subjek panas tatkala masuk ke genggaman seseorang. Sabarlah… agar ilmu datang dengan ketundukan, hartamu datang diiringi kesyukuran.

Jangan dengan ilmu itu kamu melampau.

Jangan dengan harta itu kamu melampau.

Sebagaimana jangan dengan kuasa itu, kamu melampau.

Bersabarlah… tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan melazimkan diri bersama Allah, tiada sabar kecuali sabar untuk Allah, dan jangan sekali-kali berlaku sombong dengan menyabarkan diri DARI Allah.

Berat sungguh pengucapan Istiqamah ini.

Tidak hairanlah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam naik beruban kerana memikirkannya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khayr…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com