DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Showing posts with label SMKTD2. Show all posts
Showing posts with label SMKTD2. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

Friday, March 13, 2009

Kilauan Pingat Mula Kelihatan

Akhirnya kilauan pingat yang ditunggu-tunggu oleh kontinjen SMKTD2 muncul pada hari kelima dan keenam kejohanan olahraga MSSD Gombak.
Pingat pertama disumbangkan oleh atlit 1500m kelas P2, iaitu Saudari Logeswari. Beliau berjaya mendapat pingat perak pada acara yang dilangsungkan pada 11 Mac. Manakala pingat kedua disumbangkan oleh Saudara Nur Arif apabila merangkul pingat gangsa dalam acara 200m P2 pada 12 mac.
Syabas kepada kedua-dua atlit yang telah mengharumkan nama sekolah pada tahun ini.

Tuesday, March 10, 2009

MSSDG 10 mac 2009

Hari nie dua orang atlit SMKTD2 melayakkan diri ke peringkat akhir acara 400m. Muhammad Irfan bagi acara 400m L2 dan Logeswari bagi acara 400m P2. Namun begitu kedua-duanya telah gagal menyumbangkan pingat kepada kontinjen SMKTD2.

Walaubagaimanapun, syabas buat kedua-dua atlit kerana melayakkan diri ke peringkat akhir. Cuba lagi tahun hadapan. SMKTD2 BOLEH!.

Monday, March 9, 2009

Sukan Tahunan Kali-1

Pada 1 Mac 2009, baru-baru ini tercatatlah sejarah buat SMK Taman Desa 2 apabila buat pertama kalinya menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, unit ko-korikulum berusaha sedaya upaya untuk memastikan sukan tahunan ini berjalan dengan sebaiknya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat terutana Pn Hajah Nor Azila (PK Ko) dan En.Faizul (SU Sukan).

Sejarah juga tercatat apabila dengan rasminya semua rumah sukan menggunakan nama rasmi masing masing. Rumah merah dikenali sebagai rumah MERAK, rumah kuning dikenali sebagai rumah KENYALANG, rumah biru kini dipanggil rumah BELATUK dan rumah hijau sebagai rumah HELANG.
Semua pemenang pada tahun ini dengan sendirinya merupakan pemegang rekod bagi acara-acara yang mereka sertai, dengan kata lain semua peserta merupakan pencipta rekod kejohanan. Kejohahan juga telah diserikan dengan persembahan daripada pasukan sorak daripada setiap rumah sukan.



Pelbagai aksi dan gaya kreativiti dipersembahkan olah pasukan-pasukan sorak untuk memikat hati para juri bagi menjadi juara abtara pasukan sorak.Kejohanan pada kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah iaitu En.Husni dan diserikan dengan kehadiran AJK-AJK PIBG dan ramai ibu bapa.







Saudari Ayuni dari rumah Kenyalang dan Saudara Shahdan dari rumah Helang telah dipilih sebagai olahragawati dan olahragawan sekolah pada tahun ini.





Rumah BELATUK telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan Sukan Tahunan kali ini sekaligus mencatat sejarah sebagai rumah sukan pertama menjadi juara sukan tahunan SMKTD2. Syabas.

Thursday, March 5, 2009

Keputusan MSSDG 09 (4/3/09)

Atlit-atlit SMKTD2 telah menunjukkan taringnya pada tahun ini dengan beberapa orang telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Berikut adalah atlit-atlit yang layak ke separuh akhir. SYABAS.

Nur Arif & Wan Adam : 100m L3
Muhammad Irfan & Syafiq : 100m L2
Nurul Hafida : 100m P2

Aliff Aiman : 400m L2
Logeswary : 400m P2
Nurainie : 400m P3

Muhammad Nurarif & Wan Adam : 200m L3

PASTIKAN KE AKHIR DAN MENGGONDOL PINGAT EMAS. SMKTD2 BOLEH!!

Antara wajah-wajah yang berjaya ke separuh akhir.



MSSD Gombak 2009

SMK Taman Desa 2 tidak ketinggalan menghantar pasukan olahraganya ke Kejohanan MSSD Gombak 2009. Seluruh warga SMKTD2 mendoakan kejayaan gemilang daripada barisan atlit tahun ini. SMKTD2 BOLEH!!


Barisan atlit harapan bergambar bersama tenaga-tenaga utama Unit Ko-Kurikulum.












Ketua Jurulatih merangkap drebar.
Garang tu...













Jurulatih, drebar, PBSM & Tugas-tugas Khas.

Saturday, February 14, 2009

Slide video utk Mesyuarat Agung PIBG 09.

Cikgu2 minta bagi komen untuk diperbaiki. Tq. Boleh buka you tube, file name SMKTD2 FEB 0001

Tuesday, February 10, 2009

Gambor baru Tn.Hj. Mustaffal Kamal

Ingat lagi tak ngan pereka lencana SMKTD2, nie ada gambor terbaru dan terlama dio, bukan nak promote, cuma gambor hari tu tak berapo ........

Ya syeikh, sambut rukun Islam ke-5. Alhamdulillah. Saudi Arabia. Ahlan Wasahlan. Selamat datang.


Menambohkan ilmu di dado kat Jepun. Hait! Arigato Gozaimaz. Muka ara sama macam Atashi.


Gambor kenangan masa acara Le Tuor De Longkawit, Pedalaman Sarawak.

Friday, February 6, 2009

Monday, February 2, 2009

Pereka Lencana SMKTD2




Tuan Hj Mustaffal Kamal

Nie le gambor tuan yang reka lencana sekolah kami. Kalau nak minta buat logo ke...bendera ke...atau mana-mana sekolah baru nak buat lencana yang cun macam lencana kami. Chatting je kat blog nie nanti dia jawab le...