DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Saturday, September 11, 2010

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG SETIA BLOG FARHANA FARHAN

Assalamualikum wbh. Sempena hari hari mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini sekiranya terdapat sebarang kesilapan, terkasar bahasa dan terguris hati. Mohon dimaafkan dan semoga perkenalan di alam maya ini akan terus berkekalan dan memberikan manfaat buat kita semua. Wassalam.




Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Anak muda bebas keluar rumah untuk menyambut tahun baru itu. Ibu bapa tidak mampu menghalang kehendak anak muda mereka. Pada mereka anak mereka sudah pandai menjaga diri. Mereka yakin, tidak mungkin mereka akan mencemarkan diri mereka dan keluarga.
Tetapi realitinya, anak muda terus hanyut tanpa disedari oleh ibu bapa. Mengapa boleh berlaku sedemikian?

Ibu bapa gagal mendidik dan mendisiplin anak remaja mereka semasa di bangku sekolah lagi. Waktu ini mereka memberi manja yang secukupnya, apa sahaja kehendak anak semua ditunaikannya. Persis kisah sebuah filem P.Ramlee dalam Anakku Salzali.

Percayalah kalau kita gagal membentuk dari awal, maka apabila waktu remaja kita tidak mampu menegurnya lagi. Kalau ditegur juga, mereka tidak akan mengindahkannya. Inilah kesan negatif yang kebanyakkan ibu bapa tidak memahaminya.

Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka dengan adab sopan Islam, bermasyarakat secara sihat dengan jiran dan yang lain. Mereka harus juga diajak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semua ini akan menghilangkan perasaan untuk berhibur semata-mata.

Kita boleh menyambut Tahun Baharu bersama orang lain tetapi kita tidak boleh bertindak dan menyambutnya seperti mereka lakukan. Kita ada batas seperti yang dijelaskan dalam agama, dan batas itu mesti dipatuhi oleh umat Islam.

Umat Islam harus sedar bahawa dengan kedatangan tahun baharu ini umur kita semakin bertambah tetapi tempoh hayat kita semakin berkurangan. Cuma kita tidak tahu bila tarikh ajal kita. Oleh sebab itu gunakan umur yang berbaki ini dengan sebaiknya semoga akhir hidup kita dalam keadaan diredhai Allah.

Jadi, cara menyambut boleh dipelbagaikan asalkan tidak melanggar syariah dan diredhai Allah. Selamat Tahun Baharu 2010.


Sambutan Tahun Baru 2010 turut melibatkan umat Islam terutama remaja. Yang menyedihkan, beberapa remaja ditemui berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan. Malah ada yang terlibat dengan minum minuman keras.

Kenapa perkara seumpama ini boleh terjadi? Sewaktu sambutan Maal Hijrah baru-baru ini remaja tidak mengambil perduli, mungkin kerana mereka tidak boleh berhibur. Agaknya hidup pada mereka adalah untuk berhibur.

Anak muda bebas keluar rumah untuk menyambut tahun baru itu. Ibu bapa tidak mampu menghalang kehendak anak muda mereka. Pada mereka anak mereka sudah pandai menjaga diri. Mereka yakin, tidak mungkin mereka akan mencemarkan diri mereka dan keluarga.
Tetapi realitinya, anak muda terus hanyut tanpa disedari oleh ibu bapa. Mengapa boleh berlaku sedemikian?

Ibu bapa gagal mendidik dan mendisiplin anak remaja mereka semasa di bangku sekolah lagi. Waktu ini mereka memberi manja yang secukupnya, apa sahaja kehendak anak semua ditunaikannya. Persis kisah sebuah filem P.Ramlee dalam Anakku Salzali.
Percayalah kalau kita gagal membentuk dari awal, maka apabila waktu remaja kita tidak mampu menegurnya lagi. Kalau ditegur juga, mereka tidak akan mengindahkannya. Inilah kesan negatif yang kebanyakkan ibu bapa tidak memahaminya.

Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka dengan adab sopan Islam, bermasyarakat secara sihat dengan jiran dan yang lain. Mereka harus juga diajak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semua ini akan menghilangkan perasaan untuk berhibur semata-mata.

Kita boleh menyambut Tahun Baharu bersama orang lain tetapi kita tidak boleh bertindak dan menyambutnya seperti mereka lakukan. Kita ada batas seperti yang dijelaskan dalam agama, dan batas itu mesti dipatuhi oleh umat Islam.
Umat Islam harus sedar bahawa dengan kedatangan tahun baharu ini umur kita semakin bertambah tetapi tempoh hayat kita semakin berkurangan. Cuma kita tidak tahu bila tarikh ajal kita. Oleh sebab itu gunakan umur yang berbaki ini dengan sebaiknya semoga akhir hidup kita dalam keadaan diredhai Allah.

Jadi, cara menyambut boleh dipelbagaikan asalkan tidak melanggar syariah dan diredhai Allah. Selamat Tahun Baharu 2010.

Tuesday, October 13, 2009

HABIS DAH PMR


Mulai hari nie semua budak-budak PMR dah ada di awan-awangan. PMR habis dah, gembiro betoi... Tapi harap-harap masa dapat result nanti semua gembiro macam hari nie jugak...Amin...

Wednesday, October 7, 2009

PMR bermula

Selamat Menduduki PMR buat warga SMKTD2 dan SBPI Rawang


Saturday, August 8, 2009

TRIAL PMR & SPM 09

Khas buat warga SBP Integrasi Rawang dan SMK Taman Desa2.

Selamat menghadapi peperiksaan percubaan PMR dan SPM 2009.

Sentiasalah berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah kejayaan akan anda kecapi.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Usman Awang.

Selamat menyambut Hari Guru buat isteri tercinta serta semua rakan2 tak kira yang dekat mahupun jauh. Tak kira yang pernah bersama atau yang pernah kenal. Untuk semua...... semoga segala tunjuk ajar dan penat lelah kita di berkati oleh Yang Maha Esa.

Tuesday, May 12, 2009

Berbuat Baik Kepada Kedua IbuBapa


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
- Bab Berbuat Baik Terhadap Kedua Orang Tua Kerana Mereka Berhak Untuk Diperlakukan Seperti Itu