Saturday, January 31, 2009
Thursday, January 29, 2009
Senarai Syarikat Israel dan produknya.
Bukti Kekuasan Allah swt.
Wednesday, January 28, 2009
PAKAT BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA
Yusuf Islam Buat Lagu untuk Gaza
"

Bezanya dengan Heart yang membebaskan lagu tersebut digunapakai oleh setiap orang, Steven mengeluarkan lagu yang dinyanyikannya itu untuk amal, di mana semua keuntungan penjualan lagu tersebut akan diserahkan untuk membantu warga Gaza yang menderita akibat kempen brutal tentera Zionis Israel.
"Saya harap rakaman ini akan membantu mengingatkan kita akan cinta, perdamaian dan kebahagiaan. Semuanya itu sangat mungkin tercipta ketika kita menyedari betapa tidak bergunanya perang dan prasangka buruk," kata Yusuf Islam dalam laman rasminya.
Lagu "The Day the World Gets Around" pertama kali dirakam oleh George Harrison, salah satu anggota The Beatles. Yusuf Islam merakam dan menyanyikan kembali lagu itu bersama Klaus Voorman, pemain bass yang dikenal sebagai anggota The Beatles yang kelima.
Mereka yang berminat untuk mendengarkan lagu ini, boleh mendengarnyanya dengan dikenai bayaran dengan harga yang beragam di http://www.jamalrecords.com/cgi-bin/commerce.cgi?display=home. Wang hasil penjualan lagu ini akan disalurkan melalui United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), organisasi bantuan PBB untuk pelarian Palestin dan melalui organisasi Save the Children. UNRWA dalam pernyataannya mengatakan, dana yang terkumpul akan digunakan untuk memberikan bantuan bagi anak-anak dan keluarga di Jalur Gaza. (ln/aby)
http://www.tvantara.com/
Ustaz Zainudin Hashim Fri | Jan 23, 09 | 4:21:11 pm MYT | |
Konflik Israel-Palestin merupakan pertikaian berterusan antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah 'penyelesaian dua negara' yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing. Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah. Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi. Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem (Baitulmaqdis), pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air. Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertujuan untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri. Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan. Perancangan jahat Yahudi dibongkar Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa. Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian. Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus usbur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Malboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin. Apa peranan kita terhadap Yahudi�Israel? Setelah mengetahui apa yang telah didedahkan oleh Dr Garoody itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan tersebut di atas, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin. Justeru, orang-orang Palestin di kalangan penyokong Hamas dan barisan pemimpin mereka telah mengharamkan umat Islam menghisap rokok, kerana walau satu sen sekalipun keuntungan itu diperolehi daripada orang Islam, maka mereka akan didakwa nanti di akhirat. Demikian menurut mantan Imam dan Kahtib Masjidul Aqsa, Dr Muhammad as-Siyam dalam kenyataannya berhubung isu Palestin. Justeru menurut Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin. - lanh _ |