DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Wednesday, March 16, 2011

Malaysia akan teruskan cita-cita nuklear


Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

ULASAN PEMILIK BLOG : Salam. Berilah apa pun alasan. Reka dan Ciptalah seribu langkah keselamatan. Mesyuaratlah beratus hari sekalipun. INGATLAH, teknologi Jepun 100x lebih maju dari negara kita tapi masih tidak mampu menahan KUASA ALAM. Mampukan kita diberi jaminan bahawa teknololgi keselamatan yang dicipta nanti dapat menahan KUASA ALAM 50 tahun akan datang. Waktu itu rasanya pemilik blog sudah tiada. Seperti pejuang kemerdekaan dahulu, pemilik blog menentang pembinaan loji tenaga nuklear adalah untuk masa depan yang lebih baik untuk waris masa depan. Ukurlah baju di badan sendiri.

p/s - ulasan diatas hanyalah luahan dan pendapat pemilik blog yang menggunakan media maya ini sebagai diari catatan dan pandangan peribadi. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sepadan.

No comments:

Post a Comment