DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Friday, January 15, 2010

ISU KALIMAH ALLAH - ARTIKEL 5

Kalimah ALLAH yang ditentang penggunaannya di kalangan bukan-Islam dan oleh sebahagian masyarakat Islam yang primitif tidak akan berjaya.

Sebabnya, anda tidak mungkin boleh mengubah Al-Quran, anda tidak mungkin boleh menggugurkan walau sebatang alif dari Al-Quran. Dan anda tidak akan mampu untuk menyerang Allah sekalipun anda mampu untuk menyerang semua gereja di atas dunia.

Firmanullah;



Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya? Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.'' (QS. 39:38)


Cukup dengan satu ayat itu sahaja membuktikan bahawa kalimah ALLAH itu adalah universal. Kalimah ALLAH itu sejagat. Kalimah Allah itu tiada siapa yang berhak memonopolinya. Tiada siapa yang berhak untuk mengkurungkannya untuk menjadi milik bangsa atau kumpulannya.

Dan Allah akan tetap menjaga kalimah itu tidak terpadam dari Al-Quran, tidak terpadam dari disebut-sebut oleh hambaNya - sekalipun oleh yang bukan beragama Islam, hatta kepada yang bukan dari kalangan manusia sekalipun, kerana binatang dan tumbuhan juga berzikir menyebut kalimahNya.

Dan jika kamu mampu, sembunyikanlah kebenaran itu kerana Allah menyatakan:



Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan peringatan, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (QS. 15:9)


Berbanggalah kamu kaum muslimin kerana nama tuhanmu, ALLAH, dipilih mereka untuk memanggil tuhan mereka juga, daripada nanti engkau terpaksa memilih nama tuhan mereka untuk memanggil nama tuhanmu!

Dan berdoalah:



Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran dan bimbinglah kami untuk mengikutinya dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatillan dan bimbinglah kami untuk menjauhinya. Dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih dari sekalian pengasih.

1 comment:

  1. salam,
    saya bangga sekali membaca artikel ini, inilah suara Islam sebenarnya...
    semoga Tuhan merahmati saudara.

    terima kasih,
    salam hangat dari Sarawak buat anda sekeluarga.

    ReplyDelete