DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Wednesday, November 17, 2010

RAHSIA BELAJAR BERKUMPULAN

Belajar berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Dalam Islam pun berjemaah lebih baik daripada berseorangan dalam semua aktiviti.

Ahli motivasi mendifinasikan 'team' sebagai "Together Everyone Achieves More" (berkumpulan menjadikan setiap orang lebih berjaya)

Henry Ford berkata "Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success" (Datang berkumpulan adalah permulaan. Berada dalam kumpulan adalah kemajuan. Bekerja dalan kumpulan adalah kejayaan)

FAEDAH BELAJAR BERKUMPULAN

1. Pembelajaran aktif meningkatkan semangat belajar.

2. Menimbulkan semangat bekerjasama untuk mendapatkan ilmu.

3. Meningkatkan motivasi dan dapat memupuk semangat belajar yang tinggi.

4. Menjalin persahabatan yang positif.

5. Menghilangkan rasa bosan dan mengantuk.

6. Ada bahan tambahan, fakta dan isi daripada rujukan yang berlainan.

7. Meningkatkan ingatan kerana perbincangan terfokus kepada sesuatu tajuk.

8. Berkongsi ilmu.

9. Belajar bekerja dan mengurus dalam kumpulan.

10. Latihan disiplin yang tinggi.

11. Menjimatkan masa.

12. Dapat menilai pencapaian individu khususnya menilai persediaan untuk peperiksaan.

12 CIRI BELAJAR BERKUMPULAN

1. Ada misi, visi dan kecintaan - Misi ialah agenda yang akan dilaksanakan. Visi ialah matlamat. Kecintaan ialah keseronokan melakukan sesuatu aktiviti atau bidang.

2. Setiap ahli dalam kumpulan sama mustahak - Semua orang dihargai dan tidak seorang pun yang terlalu diberi keistimewaan.

3. Bekerjasama secara kumpulan - We must all hang togehter or we shall all be hang separately (Kita mesti bersatu atau kita akan disembelih berasingan)

4. Bekerja berseorangan tidak berkesan - Apabila ditanya kepada Thomas Alva Edison kenapa beliau memerlukan satu kumpulan yang terdiri daripada 21 pembantu, beliau menjawab " Jika saya boleh menyelesaikan semua masalah sendiri, saya akan lakukan"

5. Setiap ahli kumpulan mesti memainkan peranan yang optimum - Juara kumpulan ialah kumpulan para juara.

6. Semua ahli sehati sejiwa dan sama-sama menyelesaikan masalah yang mendatang - Ingat, memakai baju yang seragam semata-mata bukan bermakna anda dalam satu kumpulan.

7. Selalu bertemu dan mengadakan diskusi dan mesyuarat - Ahli kumpulan yang jarang-jarang mengadakan pertemuan dan mesyuarat tidak akan merasai diri mereka dipunyai oleh sesuatu kumpulan tersebut. Mereka tidak mengakui peranan untuk kejayaan kumpulan.

8. Ahli bersikap toleransi - Kumpulan yang berkesan bukan hanya satu koleksi beberapa orang ahli tetapi suatu proses memberi dan menerima.

9. Semua ahli berlumba-lumba memberi sumbangan - Jika dua orang bersetuju perkara yang sama, salah seorang di antara mereka tidak relevan.

10. Berjaya dalam jangka masa panjang - Bakat seseorang boleh membawa kemenangan kepada sesuatu pertandingan. tetapi kerja berkumpulan dan kebijaksanaan akan membawa kemenangan kepada sesuatu kejuaraan.

11. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Pembahagian kerja dalam kalangan ahli dalam kumpulan membahagi (meringankan) tugas tetapi menggandakan kejayaan.

12. Elakkan sifat individualistik - peribahasa Inggeris menyebut " Seorang tidak mampu mencipta simfoni. ia memerlukan satu okestra untuk menciptanya".


NOTA : PENULISAN INI DIAMBIL DARIPADA MAJALAH SOLUSI EDISI NO.2, TERBITAN TELAGA BIRU SDN.BHD. YANG DITULIS OLEH HAJI MUHAMMAD ZAKARIA (MANAGING EDITOR, TELAGA BIRU SDN BHD)

UNTUK LEBIH BANYAK ILMU DAN PENGETAHUAN, SAYA SARANKAN PARA PENGUNJUNG BLOG MENDAPATKAN MAJALAH SOLUSI, JANGAN TERTINGGAL WALAU SATU KELUARAN, TERLALU BANYAK ILMU YANG BOLEH DIMANFAATKAN.

No comments:

Post a Comment