Oleh : Ustaz Ahmad Azhar Fadzil
(Mingguan Wasilah - bil 100 (68), 1-7 Mac 2009)
Jika gambar itu adalah gambar yang bersopan, menutup aurat dan tidak ada sebarang imej yang bertentangan dengan syarak, Insya-Allah harus dipamerkan. Namun hendaklah jelas niatnya, yakni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga akan tetapi sekadar untuk menzahirkan nikmat Allah atau anugerahNya, untuk memberi semangat kepada orang lain atau sebagai niat-niat yang positif.
Di dalam hadis Nabi, Rasulullah s.a.w. hanya melarang gambar lukisan dan patung-patung kerana ia menandingi ciptaan Allah. Adapun gambar foto, ia tidaklah menandingi ciptaan Allah kerana ia bukan lukisan, akan tetapi rakaman yakni merakam kejadian Allah yang asal diatas kertas. Maka tidak timbul unsur menandingi ciptaan Allah. Ada juga dikalangan ulamak tidak mengharuskan gambar foto kerana mereka menyamakannya dengan lukisan yang dilarang oleh Nabi. Pandangan kedua ini menjadi pegangan ulamak-ulamak Arab Saudi. Adapun pandangan pertama tadi, ia menjadi pegangan ulamak-ulamak Mesir termasuk Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan pandangan pertama inilah yang saya pilih. Wallahu a'lam.
DOA RASULULLAH KEPADA ANAS BIN MALIK DAN IBNU ABBAS
11 months ago
No comments:
Post a Comment