http://ustazazhar.com/v1/
Kat sini contoh soal jawab agama
Ditulis oleh Mohd Firdaus | |
Sunday, 28 September 2008 | |
Assalamualaikum ustaz... Saya ada kemusykilan sikit ustaz,bersempena hari raya ini,apa hukum pemakaian baju melayu thai silk? Setahu saya sutera adalah haram hukumnya. Terima Kasih di atas pandangan dan penjelasan ustaz. ............................. w.salam Kain sutera asli yang benangnya dihasilkan dari ulat sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Manakala sutera tiruan yang mana pembuatannya dari benang kapas yg bercampur dengan benang sutera maka hukum memakainya jika benang sutera lebih banyak dari benang kapas maka ia tetap haram keatas kaum lelaki dan jika benang kapas lebih banyak dari benang sutera maka harus pula memakakainya. Jika tidak diketahui adakah benang sutera lebih banyak atau benang kapas lebih banyak maka hukumnya hendaklah dikembalikan kepada uruf yakni kebiasaan. Biasanya kain sutera siam adalah diperbuat dari benang sutera asli oleh itu ianya adalah diharamkan ke atas kaum lelaki memakainya dan diharuskan ke atas kaum wanita sahaja. wallahua'lam Rujukan Kitab fatawa Ibnu hajar Al-Haithami |
No comments:
Post a Comment