DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Saturday, January 23, 2010

AWAN MEMBENTUK KALIMAH ALLAH

Oleh : albanjari
Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!



Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat 'aneh' kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk tulisan itu merujuk kepada kalimah 'Allah'.














Pelajar-pelajar yang berkesempatan melihat 'keanehan' yang berlaku hari itu.










Foto disebelah lebih jelas kalimah itu merujuk kepada kalimah 'Allah'.














Shot yang diambil dari tingkat bawah bangunan sekolah.





























Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang berdoa dari kedua belah tangannya. Kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat terbentuk.



















Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.



Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.

Terima kasih kepada cikgu Amrun Osman yang susah payah menghantar semua foto2 tersebut ke kotak email wak buat tatapan pembaca blog. Allahuakbar !

1 comment: