DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Tuesday, March 23, 2010

KEKEJAMAN israel - Siri 2

Iraq & Afghanistan

Selain dari Palestine, Amerika yang didalangi oleh israel telah melakukan pemusnahan total terhadap Iraq dan Afghanistan. Lebih 1.2 juta nyawa yang tidak berdosa melayang. Iraq, sebuah negara yang paling maju di Timur Tengah suatu masa dulu, telah dihancurkan dengan berbagai jenis bom sehingga mengembalikannya ke zaman batu. Lebih 800,000 kanak-kanak Iraq menjadi yatim. Kebanyakan mereka hidup melarat dan terdedah kepada kegiatan tidak bermoral. Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika semenjak tahun 1991. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.

Masihkah anda ingat, seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di media massa seluruh dunia. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Sebahagian besar bukti penyeksaan telah berjaya dimusnahkan oleh ‘Bush and the gang’, sebelum mereka meninggalkan Rumah Putih.

Tidak dilupakan, Vietnam juga dihancurkan lebih 35 tahun dulu sewaktu Amerika cuba menjajah negara tersebut (1965-1975). 3 juta orang awam dibunuh tanpa sebab. Banyak lagi negara lain di dalam dunia menerima nasib yang sama dari angkara Amerika, cuma kisahnya dibiarkan tersorok dalam lipatan sejarah silam

KEKEJAMAN israel - Siri 1

PALESTIN SEPINTAS LALU

Negara ‘haram’ israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948; di atas restu England, Amerika dan PBB. Episod ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 April 1948 apabila kumpulan komando pengganas Zionis yang terdiri dari kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yassin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri israel. Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampung tersebut dibunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak di bandar israel sebagai trofi, dicaci maki, diludah, dibaling dengan batu; kemudiannya sebahagian dari mereka dibawa pulang semula ke Deir Yassin untuk dibunuh dan sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa. Bermula dari hari itu, seluruh rakyat Palestin terus menanggung episod derita yang tak berkesudahan. Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat israel. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. Sebahagian masjid-masjid ditukarkan menjadi kuil Yahudi manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis israel yang jahat itu. Regim Zionis israel juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari negara haram israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin akan tinggal dalam penjara gergasi ciptaan Zionis israel.

Pada bulan November 2006 lalu, Dunia Hari Ini (RTM) melapurkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan israel setiap hari. Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan dipenjarakan, sementara lebih 2 juta orang lagi menjadi pelarian yang hidup dalam keadaan yang sangat daif. Secara keseluruhannya, 6 juta rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.

Peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan. Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.

Masjidil Al Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam (di mana Nabi Muhammad SAW Mi’raj ke langit bertemu Allah Ta’ala) berada dalam keadaan yang amat genting. Golongan Yahudi Zionis di israel dan seluruh dunia sedang berusaha keras untuk merobohkan masjid ini bagi mendirikan kuil mereka di atas tapak Al Aqsa. Masjid Al Aqsa telah beberapa kali mengalami kebakaran yang teruk akibat percubaan Yahudi untuk memusnahkannya semenjak berpuluh tahun yang lalu. Mereka telahpun menggali beberapa terowong yang besar di bawah Al Aqsa untuk melemahkan strukturnya.

Thursday, March 18, 2010

SOAL HATI...

ADUHAI CINTA!
Adaptasi oleh:Ummu Farhana Farhan________________________________________

"Ummi, salahkah jika saya menyintainya?"
saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.

Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:

1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat.
Contohnya:
Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.
Firman Allah: "Dan diantara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik."
(Al Baqarah: Ayat 165)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita
merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana tanggungjawab menuntut ilmu dan berjasa kepada ibu bapa mestilah dutamakan.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang dan fitrah(semulajadi) yang pastinya semua manusia yang normal akal dan hatinya merasai fitrah tersebut, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat!.Tidak SALAH dan tidak juga RUGI malah MENDAPAT GANJARAN YANG BESAR DISISI-NYA sekiranya CINTA MUBAH itu dipinggirkan dahulu demi mencapai perkara yang lebih UTAMA iaitu ILMU. Antara CINTA dan ILMU pastilah dari sudut Fiqh Al-Awlawiyatnya adalah ILMU!

PERLU DINGAT perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah
neraka.

Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."

Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah???

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wajalla:
"Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32

"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap mendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan.....
"(hadis Tabrani)
"Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman"
(Hadis Muslim dan Abu Daud)

Anakku,
kamu adalah seorang remaja muslim yang baik yang tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari akur dengan larangan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku untuk tidak berdalih lagi?

Jadi ummi,
apakah penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah merasai panahan cinta, rahsiakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. BERSABARLAH menghadapi ujian cinta ini. Yang penting beralihlah pada AYAT-AYAT CINTA ALLAH YANG MAHA AGUNG. Agar CINTAMU terarah dan terpimpin oleh SANG PEMBERI CINTA; ALLAH YANG MAHA PENCINTA!

Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah dan dimurkai Allah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu dengan serang teman hidup yang soleh/solehah baik untuk agamamu, dunia dan akhiratmu! Apabila tiba masanya nanti, andai itu QADHA’DAN QADAR serta HADIAH ALLAH untukmu, insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu anakku,
Perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:
- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.
- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)
- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
- Janganlah berwenang-wenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram walaupun menggunakan sms, chat dan alatan2 canggih masakini.
- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.
- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
- Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

Apabila kita telah mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita fahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia."
(Surah Al Furqan:Ayat 27-29).

Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.




Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya."
Surah An Naziat :Ayat 40-41).

Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai ummi, susahnya!

BOLEH ANAKKU jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa
“jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.”

ALANGKAH BAIKNYA ALLAH , sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."

Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.
BERJUANGLAH ANAKKU!.

Monday, March 15, 2010

WAHABI

Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah'
Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.
Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.
Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.
Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.
Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.
Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.
Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.
Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.
Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.
Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.
Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.
Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.
Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 19021

Saturday, March 6, 2010

KHASIAT KOPI

Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.


Minum kopi dapat membuat sperma "berenang" lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio, di mana topik perbincangan utama berkisar kepada kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan kaum lelaki. Kopi dikatakan dapat membantu lebih banyak perkara daripada sekadar mengelakkan rasa mengantuk. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok

FAKTA TENTANG NESCAFÉ

Ramai yang takut minum kopi kerana takut dengan kandungan kafein yang ada di dalam kopi. Namun apa yang peliknya mereka adalah peminum setia NESCAFÉ. Bila jumpa produk yang tertulis KOPI, mereka akan mengelaknya dengan alasan kesihatan tetapi mereka inilah yang akan memesan NESCAFÉ, NESCAFÉ O atau NESCAFÉ ais apabila singgah dimana-mana kedai makan.

Walhal, NESCAFÉ juga adalah sejenis minuman kopi yang tidak menggunakan KOPI sebagai pengenalannya. NESCAFÉ adalah jenama hasil gabungan perkataan 'Nes' dari Nestlé dan perkatan café. Perkataan NESCAFÉ kali pertama diperkenalkan di Switzerland pada 1 April 1938. Sekitar 1950-an, NESCAFÉ mula menjadi minuman utama di coffee-house kepada pelanggan-pelanggan di USA, Great Britain dan Perancis sambil menikmati lagu-lagu rock ’n’ roll.

Inilah sedikit fakta tentang
NESCAFÉ. Kepada penggemar-penggemar kopi, beralihlah kepada kopi-kopi buatan umat Islam kita.

Sejarah
NESCAFÉ

Friday, February 26, 2010

HAIRAN BIN AJAIB


Memang menghairankan dan memang ajaib sungguh, hampir 100% rumah umat Islam di Malaysia ada produk berproksikan Yahudi. Kalau tak percaya cuba tanya rumah-rumah yang anda ziarahi, confirm mesti ada MILO, Nescafe paling tidak pun Colgate mesti ada. Kit Kat pun tak boleh tinggal. Coca-cola dah macam minuman wajib. Tu tak kira lagi produk-produk kesihatan dan kebersihan Pamolive macam Ajax, axion dan protex.
Apa?? ..Tak ada ke...baguslah macam tu. Nanti jap, cuba jengok kat dapur ada Maggi tak. Tak pun beg plastik carrefour. Yang perempuan pulak cuba tanya pakai tak kortex, Kleenex, Calvin Klein atau L'oreal.



Kalau ziarah masa gaji mintalah belanja KFC ke...Pizza Hut ke...paling tidak pun McDonald. Ok lah dah nak balik nie...rasa haus lah pulak. Mintalah Nestea atau Sprite, buat minum semasa memandu karang.
Nampak biasa je kan. Tapi rupa-rupanya dari tadi sama ada perasan atau pun tidak, semua produk yang disebut tadi adalah produk kebiasaan umat Islam di Malaysia yang memberikan dana besar kepada ISRAEL LAKNATULLAH. Antara MILO dan nayawa rakyat Palestine, mana satu saudara anda. LU PIKIRLAH SENDIRI. CAKAP BANYAK PUN BAZIR AIR LIUR JE.

GARDENIA BAKERIES diasaskan oleh orang Amerika

Roti GARDENIA memang menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia. Tentu semua masih ingat iklan yang menaikkan nama Gardenia " Ohhh...Gardenia..Enak dimakan begitu saja...Ohhh...Gardenia.

Namun begitu pengasas roti gardenia ialah rakyat Amerika. Sama ada Gardenia ada memberikan sumbangan kepada Yahudi atau tidak, tidaklah diketahui. Walaubagaimanapun, yang pasti Amerika adalah pendokong kuat Israel. Sejarah membuktikan, semua Presiden Amerika adalah bangsa Yahudi, malah Obama sendiri pun bukanlah seorang Islam.

Berikut adalah maklumat berkaitan sedikit sejarah Gerdenia daripada laman web rasmi gardenia Malaysia. Klik sini



Gardenia pernah mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai syarikat pengeluar barangan pengguna pertama mematuhi piawaian ISI 2020 dan diiktiraf sebagai Muslim's Friendly Organization (MFO)

Sehubungan itu penulis memberikan kepada pembaca membuat pertimbangan sendiri berdasarkan IMAN dan TAQWA sama ada ingin membeli atau memboikot Gardenia. Penulis tidak sekali-kali ingin mempengaruhi pembaca blog ini, tetapi sekadar berkongsi maklumat untuk difikirkan bersama. Allahuakbar.

Wednesday, February 17, 2010

Pertemuan dan Perbincangan dengan Saudara Ismen (Hijjaz)

Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, akhirnya satu pertemuan diantara saya (stokis rawang), En. Ahmad (Stokis Gombak- InsyaAllah) dan En.Ibrahim (Center N9- InsyaAllah)telah berjaya diadakan pada petang tadi.
Perbincangan telah berjalan dalam suasana kekeluargaan dan penuh keceriaan. Walaupun baru pertama kali bertemu, tetapi kemesraan yang ditunjukkan oleh Saudara Ismen (Hijjaz) amat diluar dugaan. Perbincangan yang serius dan kadang kala diselitkan dengan gurauan, menggamat dan melahirkan suasana perbincangan yang begitu santai tetapi jelas.
Akhirnya saya dapat simpulkan, pertemuan ini telah mencapai objektifnya untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan matlamat, perjalanan dan seterusnya perancangan masa hadapan DinarHijjaz. Semoga pertemuan tersebut mendapat limpahan rahmat dari Allah swt yang akhirnya akan memeberikan natijah yang baik untuk perkembangan Islam di Malaysia ini. InysaAllah.















Friday, February 12, 2010

Bermuamalat bersama Hijjaz malalui dinarhijjaz


MESEJ DARI DINARHIJJAZ

Mari bersama Hijjaz untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam dan seterusnya memastikan generasi akan datang tidak akan membesar dengan produk-produk shubahah apatah lagi produk-produk yang jelas proksi YAHUDI. Utamakan produk Islam, suci hati dan jiwa. Membentuk genesari berjiwa Al-Quran. InsyaAllah.

KLIK SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

LINK 1

LINK 2