DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Tuesday, March 23, 2010

KEKEJAMAN israel - Siri 3

MARI LAKUKAN 3B : BERDOA , BERDERMA , BOIKOT

BERDOA DAN TERUS BERDOA UNTUK SAUDARA KITA

Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Ibnu Abi Aufa berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa di waktu peperangan Ahzab : “Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan Al Kitab, dan Tuhan yang cepat perhitunganNya, kalahkanlah tentera-tentera musuh dan goncangkanlah mereka.” (Ibnu Mas’ud).

(Al Baqarah 2:186) “Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.”



BERDERMA


Di antara usaha lain yang InsyaAllah dapat kita lakukan ialah dengan menghulurkan derma sekadar yang mampu kepada warga Palestin (melalui badan-badan Amal tertentu). Mereka sajalah umat yang ada untuk menjadi sandaran bagi mempertahankan Masjidil Al Aqsa dan bumi Palestin buat masa ini. Hilang bangsa Palestin, hilanglah Al-Aqsa. Walaupun dalam keadaan yang serba daif mereka masih bertahan dengan izin Allah, hampir 60 tahun lamanya. Rakyat Palestin sangat sengsara akibat sekatan ekonomi oleh israel mutakhir ini. Bekalan makanan semakin berkurangan begitu juga ubat-ubatan. Jika mereka tidak ditolong oleh saudara-saudara Islam yang lain, maka ramailah di antara mereka yang akan mati akibat kebuluran dan penyakit. Kanak-kanak pula akan mati akibat tidak cukup zat dan ubat-ubatan. Oleh itu, pertolongan melalui derma oleh Umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia sangat-sangat diperlukan dengan segera. Lebih Memburukkan lagi keadaan apabila kerajaan pengganas israel pada 27 Disember 2009 melancarkan serangan berskala besar yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutama kanak-kanak. Beribu-ribu pula cedera parah, dan jika berpeluang untuk hidup, kebanyakan mereka akan mewarisi kecacatan kekal sepanjang hayat. Bom kimia WP (White Phosphorus) digunakan dengan berleluasa yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian yang mengerikan. (SEGERALAH BERTINDAK!)


Nabi bersabda: “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan; jika tak mampu, dengan lidah; jika tak mampu juga, dengan hati; maka itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim.

Kenapa perlu boikot?

Setiap ringgit yang kita belanjakan untuk membeli produk seperti Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Pringle’s, Kraft, Johnson&Johnson, Levi's, Caltex, Esso, McDonald, KFC, Burger King, dan banyak lagi, akan secara langsung menyumbangkan kepada kekukuhan ekonomi Amerika dan israel. Dengan kekukuhan ekonomi, mereka dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh dan pemusnah yang bakal digunakan terutamanya ke atas Umat Islam bukan sahaja di Iraq, Afghanistan, Palestin, malahan di seluruh muka bumi ini pada suatu hari nanti.

Sebagai manusia yang beragama dan bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah.

Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada oran lain.

Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belumpun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."

(Ar Raad 13:11) Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …."

No comments:

Post a Comment