DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Tuesday, March 23, 2010

KEKEJAMAN israel - Siri 6

FAKTA KEKEJAMAN AMERIKA, israel dan Sekutunya.

BAYANGKAN…RENUNGKAN…

Serangan tentera Amerika dan Gabungan negara-negara kuasa besar yang didalangi oleh israel ke atas negara-negara Islam menyebabkan Jutaan Nyawa terkorban. Nyawa dan maruah Umat Islam menjadi begitu murah sekali. Palestin, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa penjajahan mereka dalam keadaan yang sangat tragis sekali.

Tujuan utama Gabungan tentera yang diketuai oleh Amerika, England dan israel adalah untuk menguasai minyak di Timur Tengah dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menghancurkan umat Islam yang sedang lemah akibat perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Iran merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbanyak dunia selepas Arab Saudi manakala Iraq pula ketiga. Sebab itu tidaklah hairan jika Iran akan menjadi mangsa yang seterusnya. Bumi Hijjaz (Arab Saudi) juga berada dalam keadaan genting di mana musuh-musuh Islam yang terdiri dari gabungan tentera salib Amerika dan Eropah berserta dengan zionis israel semakin menghampiri dan mengepung secara sistematik. israel telahpun melakar peta 'empayar baru' di Timur Tengah yang diberi nama 'israel raya', yang terbentang dari Sungai Nil, merentasi bumi Hijjaz (di luar sempadan Madinah) hingga ke Sungai Furat di Iraq, merangkumi, Jordan, Syria, dan Lubnan. Sudan, Somalia, Yaman dan negara-negara lain yang mengelilingi Mekah juga mesti ditakluki untuk menjamin kekukuhan dan kelangsungan penjajahan empayar jahat ini terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Jutaan umat Islam di Iraq dan Afghanistan telah dibunuh semata-mata untuk melaksanakan perancangan jahat Imperialis Neo Con dan Yahudi zionis. (Neo Con = New Conservative. Neocon merupakan kumpulan sayap kanan Yahudi di Amerika dan Eropah yang dianggotai oleh penyokong-penyokong mereka dari kalangan bangsa Eropah dan Amerika Utara termasuk orang-orang Yahudi sendiri yang tinggal di sana). Presiden Bush, majoriti ahli kongres Amerika dan kebanyakan pemimpin negara-negara Eropah merupakan ahli Neo Con. Neo Con mentadbir Amerika bagi pihak israel dan akan memastikan cita-cita israel untuk membentuk 'israel Raya' dapat direalisasikan. Afghanistan ditakluki semata-mata untuk memudahkan Amerika dan Eropah membina paip minyak bagi menyalur keluar minyak yang bakal dirompak dari negara-negara bekas Soviet di Laut Kaspia.

Beberapa tahun sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq telahpun terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq yang masih hidup akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.

Amerika juga telah menggunakan khidmat tambahan askar upahan seramai 120,000 orang dari pelbagai negara bagi membantu tentera Amerika di Iraq yang jumlahnya seramai 142,000 orang berserta 20,000 tentera dari lebih 30 negara. Askar upahan ini bernaung di bawah syarikat Black Water yang dipunyai oleh naib presiden Amerika semasa pemerintahan Bush, Dick Cheney. Mereka lazimnya digelar sebagai 'kontraktor awam' bagi mengabui mata masyarakat dunia. Askar-askar upahan ini dibayar gaji sebanyak USD 1000 sehari. Tugas utama mereka ialah untuk membantu Amerika di dalam peperangan, memberi perlindungan kepada pemimpin boneka pilihan Amerika, serta melakukan misi-misi pembunuhan yang kejam terhadap sasaran tertentu. Mereka juga mengisi masa lapang dengan membunuh orang awam sesuka hati. Malaun (Cheney) ini mengaut keuntungan berbilion dolar melalui banyak lagi projek-projek haram di Iraq, termasuk menerima habuan besar dari minyak yang dicuri.

Ada juga segelintir penduduk-penduduk kampung yang telah dibayar oleh tentera penjajah untuk menjadi pengintip bagi pihak mereka. Penduduk kampung yang munafik ini menyalurkan maklumat tentang kedudukan pejuang, atau memberitahu secara spesifik individu yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajahan. Teknik yang paling biasa digunakan oleh tentera penjajah yang ganas itu apabila mendapat tahu identiti individu yang terlibat memerangi mereka ialah dengan menangkap seluruh ahli keluarga pejuang dan mengebom rumah mereka. Pemberi maklumat ini juga di dalam beberapa insiden mengambil kesempatan dengan memberi maklumat palsu supaya tertangkapnya mereka yang ada permusuhan peribadi pemberi maklumat pada masa zaman sebelum perang. Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa akibat balas dendam peribadi

Orang-orang awam terus menjadi mangsa kekejaman tentera penjajah dan boneka. Setiap hari, tentera penjajah akan menceroboh rumah penduduk awam sesuka hati atas alasan mencari pejuang. Penduduk-penduduk yang kebanyakannya dari golongan Sunnah akan ditangkap dan dipenjarakan di penjara-penjara yang dikendalikan oleh askar-askar penjajah dan boneka mereka. Wanita, orang tua dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang semuda 8 tahun turut dipenjarakan. Kaum lelaki diseksa tanpa henti dengan bermacam bentuk penyeksaan yang tidak dapat kita gambarkan. Setiap kali masuk waktu solat, tahanan akan dilempari dengan najis dan air kencing tentera Amerika. Waktu makan pula, mereka dihidangkan dengan bubur gandum yang dicampuri kuku, rambut, hingus serta kahak, najis, air kencing dan daging babi. 30 orang tahanan terpaksa berkongsi sebotol air minuman yang telah bercampur dengan air kencing dalam sehari. Di dalam penjara, wanita serta gadis-gadis iraq dirogol beramai-ramai dan aksi rogol tersebut divideokan dan difotokan untuk dijual secara eksklusif kepada ahli-ahli politik dan orang-orang kaya syaitan Amerika yang gila untuk menjadi bahan tontonon keseronokan mereka. Kanak-kanak perempuan juga turut menjadi alat pemuas nafsu askar-askar penjajah yang celaka itu manakala kanak-kanak lelaki pula menjadi mangsa askar-askar serta pegawai-pegawai tentera penjajah yang homoseksual. Kebanyakan mangsa diberi dadah (yang dimasukkan ke dlm makanan dan minuman) sebelum dirogol. Dunia dikejutkan lagi dengan tersiarnya berita di media masa tentang seorang gadis berusia 15 tahun yang bernama Abeer Qasim diperkosa oleh 10 orang tentera Amerika di daerah Al Mahmudiyah. Kedua ibu bapa dan adik perempuan Abeer yang berusia 7 tahun dibunuh oleh tentera-tentera banjingan itu; manakala Abeer pula ditembak di atas muka selepas diperkosa lalu dibakar tubuhnya. Bayangkanlah wahai saudara-saudara ku sekelian.

Seluruh dunia telah lama dikejutkan dengan peristiwa jijik dan mengerikan yang berlaku di penjara Abu Gharib, Iraq. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di dada akhbar dan laman web. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA.

Tentera Amerika dan sekutunya menggunakan segala macam taktik yang amat kotor untuk memusnahkan Iraq dan penduduknya. Salah satu contoh adalah kejadian serangan ke atas bandar Al-Qaim, sebuah bandar yang mempunyai 25,000 penduduk di utara Iraq yang terletak berhampiran dengan Sungai Furat (Euphrates). 4000 tentera penjajah dan 2000 tentera boneka telah mengepung bandar ini pada bulan September 2005 dari semua arah. Tangki air utama dan tempat menyimpan makanan utama diletupkan dengan menggunakan jet pejuang. Bekalan elektrik diputuskan. Dalam masa 4 hari bandar itu dibedil oleh meriam dan kereta kebal yang berjumlah 400 unit semuanya yang berkubu di luar kota. Orang luar termasuk doktor dan jururawat di larang masuk untuk memberi bantuan makanan dan perubatan. Selepas 4 hari bekalan makanan dan air mula kehabisan. Akibat dahaga, wanita dan kanak-kanak terpaksa ke sungai Furat untuk mendapatkan air minuman. Malangnya tentera pengganas Amerika telah menempatkan 'snipers' (penembak tepat) mereka di sepanjang sungai. Ramai wanita dan kanak-kanak menjadi korban tembakan 'snipers' yang berhati syaitan itu ketika mengambil air.

Falujah, kota seribu masjid dengan penduduk seramai 300,000 orang telah di bom dengan teruk oleh jet-jet dan pesawat-pesawat dari sebelah atas; dan dari sebelah bawah pula, mereka mengebom dengan menggunakan artileri berat (meriam besar dan kereta kebal). Beribu-ribu orang awam terbunuh. Tidak kurang juga yang cedera terkena serpihan bom atau tembakan ‘snipers’ penjajah Amerika. Terdapat kejadian orang-orang awam yang tidak boleh bergerak akibat kecederaan tersadai di jalan raya. Lebih malang lagi, mangsa-mangsa yang masih hidup ini (termasuk kanak-kanak) telah digilis pula dengan sengaja oleh kereta kebal-kereta kebal Amerika Laknatullah sehingga hancur berkecai. Doktor dan jururawat telah dihalang dari memasuki kawasan yang diserang untuk membantu orang awam yang cedera. Terdapat insiden di mana doktor dan jururawat yang berdegil untuk memberi bantuan dibunuh oleh tentera-tentera Syaitan itu. Ambulan ditembak dan paramedik juga dibunuh kejam. Orang awam yang cedera tetapi masih hidup terus dibiarkan mati perlahan-lahan akibat kehilangan banyak darah. Setiap kali mereka ingin menyerang sesuatu kawasan di Iraq, mereka terlebih dahulu akan menawan Hospital dan menangkap para doktor dan jururawat untuk memastikan pejuang dan rakyat Iraq yang cedera tidak mendapat rawatan dan mati dalam kesakitan. Begitu juga dengan nasib wartawan yang ingin membawa berita tentang kejadian sebenar juga dibunuh. Tidak kurang dari 80 orang wartawan yang telah dibunuh oleh tentera penjajah yang kebanyakannya warga keturunan Arab yang mewakili Agensi berita Al Jazeera dan Mafkarat Al Islam. Beberapa orang wartawan asing juga tidak ketinggalan turut menjadi mangsa tentera Amerika dan sekutunya.

Ada kejadian di mana kanak-kanak sekolah Iraq ditembak oleh askar-askar syaitan Amerika yang menganggapnya satu permainan dengan mempertaruhkan wang siapa yang dapat menembak kanak-kanak Iraq dengan tepat dari jarak tertentu. Menembak masyarakat awam Iraq sesuka hati telah menjadi hobi harian bagi tentera-tentera syaitan itu. Berbagai jenis kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera Syaitan dan sekutunya yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Segala macam jenis Bom telah digunakan oleh tentera penjajah untuk membunuh saudara-saudara kita di Iraq. Antara jenis-jenis bom yang digunakan selain dari bom-bom pemusnah biasa ialah bom kimia yang dikenali dengan nama WP (White Phosphorus). Apabila WP terkena kepada kulit mangsa, ia akan menghasilkan tindakbalas kimia terhadap tisu badan yang menyebabkan kulit dan daging gugur ke bumi terpisah dari tulang. Jika terkena, tidak ada apa yang dapat menghentikannya, walaupun dicuci dengan air. Bahan kimia ini hanya bertindak balas pada anggota manusia tetapi tidak dengan kain atau bahan lain. Oleh itu, kebanyakan jenazah mangsa tinggal tulang tetapi pakaian mereka tidak terjejas.

Selain dari bom kimia, mereka juga menggunakan bom Napalm yang pernah digunakan di Vietnam. Bom ini adalah jenis bom api yang membakar segala benda yang berada di atas permukaan bumi dan di bawahnya. Beribu-ribu rakyat Iraq yang rentung menjadi arang akibat bom ini termasuklah juga haiwan ternakan. Bom Cluster pula memainkan peranan membunuh generasi Iraq untuk jangkamasa pendek dan panjang. Bom ini merupakan bom besar yang mengandungi 1500 bom-bom kecil di dalamnya yang menyerupai bentuk kapal terbang permainan. Apabila bom ini jatuh ke bumi, hanya sebahagian kecil yang akan meletup manakala sebahagian besar lagi hanya akan meletup apabila disentuh. Kanak-kanak ramai yang menjadi korban kerana menyangka bom itu 'kapal tebang permainan'. Sejenis lagi bom yang digunakan khusus terhadap pejuang Iraq ialah bom ‘dadah’ yang ditembak menggunakan meriam. Bom ini digunakan untuk melemahkan pejuang apabila terhidu, lalu mudah bagi tentera penjajah membunuh mereka dalam keadaan pejuang tidak berdaya melawan lagi, satu cara yang sangat dayus.

Jenayah paling busuk yang mereka lakukan terhadap penduduk Iraq ialah dengan menyebarkan bahan radioaktif dan toksik berbisa di bumi Iraq yang dikenali dengan nama DU (Depleted Uranium). DU merupakan sisa buangan nuklear yang sangat-sangat merbahaya kepada manusia. Bahan ini akan meresap ke dalam tanah dan akan terus tertanam di situ untuk hampir selama-lamanya kerana kesan akibat pencemarannya mengambil masa sehingga 4 bilion tahun untuk pulih. Sekiranya wanita mengandung terhidu bahan kimia tersebut, ia akan menyebabkan wanita itu maut secara perlahan-lahan dengan mereputkan organ-organ di dalam badan manakala bayi yang dilahirkan akan cacat (menjadi seperti makhluk asing) dan tidak akan dapat bertahan untuk hidup. Orang lelaki yang terhidu juga akan mengalami nasib yang sama yang bukan hanya merosakkan anggota badan sahaja, malah DNA seseorang itu. Walaupun orang yang terkena bahan kimia ini berkahwin dengan perempuan yang tidak cemari DU, bayi yang bakal dilahirkan akan menerima nasib yang sama. Sehingga kini, tidak kurang dari 3000 tan bahan ini telah mencemarkan bumi Iraq. Kes-kes penyakit yang berkaitan dengan barah meningkat begitu mendadak sekali di kalangan warga Iraq. Ini untuk memastikan generasi Muslim Iraq akan terus terhapus dari peta dunia. Semua jenis senjata ini dibekalkan juga kepada israel oleh Amerika. Hampir semua senjata yang dinyatakan telah digunakan oleh pengganas israel di dalam peristiwa pemusnahan dan pembunuhan Palestin.




Antara cara yang paling bacul yang pernah digunakan tentera penjajah dan sekutu-sekutu syaitannya ialah dengan menggunakan perisai manusia apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Mujahidin. Tentera-tentera Syaitan Amerika akan menangkap orang-orang tua dan kanak-kanak lalu mengikat mereka di atas kereta kebal-kereta kebal supaya pejuang tidak boleh membedil mereka. Sungguh pengecut tentera-tentera penjajah ini apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Muslimin.

Cara paling keji yang digunakan Amerika untuk melemahkan perjuangan rakyat Iraq ialah dengan mencetuskan perang saudara di antara penduduk yang bermazhab Sunnah dan Syiah. Masjid-masjid Syiah dibom oleh ejen-ejen CIA dan Mossad lalu menuduh golongan sunnah yang melakukannya. Tentera penjajah berserta pemimpin-pemimpin syaitan mereka akan menggunakan dan menghalalkan apa jua cara demi untuk menghancurkan Timur Tengah dan Islam.

Mengaitkan dunia Islam dengan tragedi 9/11 merupakan satu pembohongan besar ke atas manusia di seluruh dunia. Pembohongan 9/11 merupakan hanya satu rentetan daripada salah satu siri pembohongan Amerika yang telah dilakukan pada masa lepas dan yang bakal dilakukan bagi menghalalkan matlamat jahat mereka. Taktik yang hampir sama pernah digunakan oleh Jepun untuk menghalalkan matlamat mereka menyerang China bagi membolot sumber asli di wilayah Manchuria pada tahun 1931. Tentera Jepun mengebom landasan keretapi mereka sendiri yang terletak berhampiran dengan kem tentera China lalu menuduh tentera Cina melakukannya. Peristiwa tersebut mendapat jolokan 9/18 di kalangan orang Cina kerana peristiwa tersebut berlaku pada 18 September 1931, 70 tahun sebelum peristiwa WTC terjadi. Pada tahun 1933, Hitler pernah membakar bangunan Parlimen Jerman lalu menuduh puak Komunis melakukannya bagi menghalalkan perang dengan negara-negara Komunis. Pada tahun 1939 pula, untuk menjayakan hasrat Hitler menakluki Poland, beberapa orang askar Jerman telah diarahkan berpakaian seperti askar Poland lalu menyerang sebanyak 21 pos kawalan askar german dalam masa satu malam. Lalu keesokan harinya, Hitler mengisytiharkan perang ke atas Poland.

Pada tahun 1898, Amerika membantu Filipina menyingkirkan penjajahan Sepanyol. Malangnya apabila penjajah Sepanyol telah berjaya dihalau keluar, tentera Amerika telah menyerang rakyat Filipina dengan alasan rakyat Filipina telah melepaskan tembakan ke atas tentera Amerika. Di dalam peperangan Filipino-Amerika yang berlangsung selama 3 tahun (1899-1902), seramai lebih 500,000 rakyat awam Filipina dibunuh oleh tentera syaitan Amerika yang menjadi penjajah baru menggantikan Sepanyol bagi negara tersebut. Beberapa tahun selepas kejadian itu, General Amerika, Arthur MacArthur mengakui bahawa tentera Amerika yang melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah orang awam di mana kejadian itu telahpun dirancang oleh kerajaan Amerika terlebih dahulu untuk menghalalkan matlamat jahat mereka menakluki Filipina.

Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa yang sama dengan menggunakan alasan-alasan dan plot yang direka cipta oleh Pentagon, CIA dan Mossad. Iran pula bakal menjadi mangsa yang seterusnya, dengan isu tenaga Nuklear menjadi plot utama. Padahal dalam masa yang sama, israel telah lama menghasilkan 400 kepala peledak nuklear, tetapi negara-negara barat dan PBB hanya menutup mata. Hampir semua negara di 7 benua telah menjadi mangsa konspirasi jahat Amerika di dalam mengejar cita-cita mereka untuk membina empayar global Amerika (Pax Americana) semenjak lebih 240 tahun yang lalu (bermula dari tahun 1776); di mana semua negara di dalam dunia ini akan menjadi keldai tunggangan kepada sistem kapitalis yang mereka cipta. israel dan Amerika merupakan ancaman terbesar kepada keamanan dunia.

Setelah beberapa tahun tragedi 9/11 berlalu, hasil kajian dari ramai para saintis dan pakar di seluruh dunia telah dapat membuktikan bahawa kejadian itu merupakan satu konspirasi jahat yang telah disusun sebegitu rupa oleh golongan syaitan zionis dan Neo Con bagi menjadi alasan (pretext) menghalalkan matlamat mereka untuk menguasai minyak di Timur Tengah sekaligus menghancurkan dan menguasai dunia Islam. Arab Saudi merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak terbanyak, iaitu 25% dari keseluruhan simpanan minyak dunia, manakala Iran pula di tempat kedua dengan simpanan sebanyak 11%, Iraq ketiga dengan 10%, Kuwait 9%, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 9%. Apabila dijumlahkan, 64% simpanan minyak dunia tersimpan di dalam bumi Timur Tengah, bumi Islam. Tidak hairanlah mengapa Amerika, israel dan Eropah sangat rakus untuk menjajahnya.

(Ali Imran 3:54) "Dan orang-orang (Yahudi yang penjajah) itu pun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

Terkadang secara sedar atau tidak, sebahagian kita termakan juga dakyah dan propaganda yang dilakukan oleh puak salib dan zionis dengan melabel umat Islam sebagai pengganas. Yang sedihnya, kita sendiri turut sama memanggil sebahagian dari saudara-saudara kita (yang mempertahankan agama, keluarga, maruah dan tanah air); sebagai pengganas semata-mata kerana barat dan israel melabel mereka pengganas. Sedangkan pengganas yang sebenarnya seperti Bush, Blair, Ariel Sharon, tentera Amerika, tentera britain, tentera Australia, tentera Poland, tentera Itali serta CIA dan Mossad yang mencolek, menyeksa dan membunuh beribu manusia di seluruh dunia, dan ramai lagi; siapa mereka ini? Bukankah mereka ini pengganas yang paling ganas dalam dunia? Amerika membunuh 3 juta orang awam Vietnam dan memusnahkan negara mereka. Perbuatan Raja segala PENGGANAS dalam dunia ini terlepas dengan begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah jauh sekali dari dihukum. Semenjak era Ariel Sharon menjadi Menteri Pertahanan israel awal 80an sehingga ke era dia sebagai Perdana Menteri israel, lebih 20,000 masyarakat Islam Palestine dan Lubnan terkorban angkara perbuatan Syaitan Laknatullah berwajah manusia ini. Seluruh dunia tutup mata kalau yang mengganas itu puak Salib atau Yahudi. Apabila lebih 250,000 orang Islam disembelih dan lebih 25,000 wanita Islam diperkosa dan dijadikan hamba seks oleh puak Kristian Serbia, seluruh dunia memejamkan mata dan memekakkan telinga. Yang peliknya, negara Islam lebih tuli dan bisu dari negara bukan Islam! Apakah yang sudah terjadi kepada seluruh umat Islam? Mutakhir ini kita dikejutkan pula dengan pendedahan bahawa terdapat banyak penjara-penjara rahsia yang dibina di seluruh dunia oleh kerajaan jahat Amerika khusus bagi menempatkan orang-orang Islam yang dicolek dari seluruh dunia oleh CIA dan Mossad. Di situ mereka akan diseksa dan seterusnya dibunuh dengan kejam. Penjara-penjara ini dikenal pasti dibina di negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Romania adalah negara pertama setakat ini yang disiasat berkenaan dengan kes tersebut. Denmark dan beberapa negara Eropah lain juga diberitakan menjadi hos kepada penjara seperti ini. Bayangkan saudara dan saudari, jika hari ini kita memekakkan telinga membutakan mata tanpa berbuat sesuatu, mungkin satu hari nanti akan tiba giliran jiran kita atau mungkin sahabat handai kita, atau mungkin saudara mara kita, atau… kita sendiri?

(Al Baqarah 2:186) “Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman

kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.”

No comments:

Post a Comment