DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Tuesday, March 23, 2010

KEKEJAMAN israel - Siri 4

Apakah matlamat yang ingindicapai dengan memboikot?

Aktiviti pemboikotan barangan negara-negara yang terlibat dalam keganasan membunuh Umat Islam bukan sahaja dipraktikkan oleh kita di Malaysia sahaja malahan di merata tempat di seluruh dunia dengan matlamat untuk menghentikan keganasan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap orang awam yang tidak berdosa. Sebahagian dari penduduk di negara-negara Timur Tengah telah lama mengambil langkah ini. Sebahagian rakyat Eropah misalnya dari Norway, Belgium, Greece, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi telahpun secara terbuka memulau barangan Amerika, israel dan negara penyokong mereka. InsyaAllah, dengan gabungan ini, tidak dapat tidak, syarikat-syarikat gergasi Amerika terutamanya akan terasa juga bahangnya. Hanya 10% penurunan dalam jualan mereka di seluruh dunia akan membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi. Ini diharapkan dapat memaksa mereka untuk mengkaji dan menilai kembali sokongan terhadap dasar luar kerajaan mereka yang ganas.

Cari Alternatif - Alhamdulillah, mutakhir ini, telah terdapat banyak produk kegunaan harian keluaran Malaysia yang lebih murah dan bermutu tinggi. Kalau dahulu, kita hanya kenal Colgate, tetapi hari ini kita dapat berbangga dengan produk ubat gigi keluaran negara kita sendiri seperti Safi, Najwa, Halagel, Mukmin, Raiya yang kesemuanya berstatus Halal. Begitu juga dengan produk sabun, kita sudah punya banyak alternatif lain selain dari Fab (USA) dan Breeze (England); misalnya Puteri Emas, Daia, Harimau Kuat dan banyak lagi. Nestle merupakan salah satu penyumbang utama kepada Ekonomi israel. Oleh itu, carilah alternatif kepada Milo >>>(Vico - buatan Malaysia, MyVico-M’sia), Maggi mee >>>(Mamee, Adabi, Rusky - Malaysia, Indo Mi - Indonesia), Cap Junjung >>> (Marigold, F&N, Dairy Champ - Malaysia), Nescafe >>> (Kopi Hijjaz, Radix, Gold Choice, Super CoffeeMix - Malaysia, Indocafe-Indonesia) dan banyak lagi pilihan yang lain dengan kualiti yang setanding dan harga yang lebih murah.

Adakah cara ini efektif? Proses pemulauan barangan pernah dilakukan oleh sebahagian penduduk dunia ke atas regim kulit putih Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum kulit hitam berabad lamanya. Hasilnya, ekonomi regim Apartheid terpukul dan seterusnya melemahkan mereka dan akhirnya terpaksa menyerahkan kembali negara tersebut kepada mereka yang berhak. Ini memberi ruang kepada penduduk asal menikmati kembali hak mereka di mana Presiden Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh tentera regim kulit putih berbelas tahun lamanya akhirnya dibebaskan.

Bagi negara-negara kapitalis, kekuatan ekonomi merupakan kunci bagi mereka menakluki dunia dan menjalankan aktiviti keganasan sesuka hati mereka. Kebanyakan punca kekayaan yang mereka perolehi semenjak berkurun dulu datang dari hasil rompakan yang mereka lakukan ke atas negara-negara timur dan Afrika yang kaya dengan hasil bumi yang ditakluki mereka. Hari ini, ekonomi mereka disokong penuh oleh sebahagian besar pengguna di dunia terutamanya melalui pembelian produk dari negara Amerika.

Walaubagaimanapun, mutakhir ini dunia menyaksikan Amerika dan negara-negara Eropah mengalami kejatuhan ekonomi yang terburuk di dalam sejarah. Ini diharapkan dapat merencatkan keegoan mereka untuk terus membuli negara-negara lemah dan mencipta lebih banyak pembunuhan dan kemusnahan. Sebagai pengguna, ini adalah kesempatan terbaik untuk digunakan bagi memberi tekanan serta menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Amerika supaya berhenti dari terus menyokong keganasan israel secara membuta tuli.

Keadaan ini juga membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada produk tempatan dan di dalam masa yang sama membebaskan diri dari kebergantungan hidup kepada produk dari luar. Menyokong produk tempatan menjadikan Malaysia negara yang berdikari. Lebih banyak kita menggunakan produk tempatan, lebih mengukuhkan ekonomi negara kita sebenarnya.

No comments:

Post a Comment