DAPATKAN NOTA-NOTA SERTA SOALAN DAN SKEMA BIOLOGI DISINI - SILA KLIK

Tuesday, March 23, 2010

KEKEJAMAN israel - Siri 5

KEMPEN BOIKOT OLEH PASARAYA SABASUN KUALA TERENGGANU
RINTANGAN YANG DIHADAPI


Tidak dapat nafikan bahawa usaha memboikot barangan USA dan penyokong israel bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah kebergantungan semenjak sekian lama rakyat Malaysia terhadap produk impot.

Terdapat beberapa jenis jenama barangan yang telah menjadi sebati dengan pengguna di Malaysia. Produk-produk ini telah kita gunakan dalam kehidupan harian kita semenjak zaman datuk nenek lagi. Sebahagian besar dari kita telahpun beranggapan bahawa produk tersebut berasal dari negara kita sendiri disebabkan terlalu lama penggunaannya dan sangat popular. Antara jenama yang sangat popular di negara kita yang hampir kesemua rakyat Malaysia menggunakannya ialah Milo, Maggi, Kiwi, Colgate dan banyak lagi.

Semenjak puluhan tahun dulu lagi, saban hari kita disajikan dengan iklan produk-produk tersebut melalui media cetak dan elektronik; siang dan malam. Sebagai syarikat multinasional yang kaya, syarikat-syarikat yang menyokong israel boleh dikatakan memonopoli sepenuhnya ruangan iklan, terutamanya di kaca TV. Kebanyakan syarikat tempatan tidak mampu untuk bersaing melalui pengiklanan disebabkan kosnya yang sangat mahal. Kebanyakan pengguna di Malaysia pula boleh dikatakan sangat terkesan dengan pengaruh iklan yang mereka tontoni di dalam membuat keputusan terhadap pembelian.

Kadar penggunaan produk Milo oleh rakyat Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia. Milo telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia semenjak dari mereka kecil lagi. Milo mula bertapak di Malaysia lebih dari 50 tahun dahulu. Oleh itu, untuk memaksa pengguna Milo di Malaysia berhenti menggunakan produk tersebut serta-merta, tidak ramai orang yang mampu melakukannya. Di dalam menangani kes seperti ini, langkah strategi jangka panjang perlu diambil.

Contoh kes: Produk penjagaan bayi Johnson & Johnson mula diboikot pada tahun 2006 yang lalu. Johnson & Johnson merupakan salah satu syarikat Amerika yang hipokrit. Di dalam iklan-iklan mereka, ditonjolkan tentang betapa prihatinnya syarikat itu terhadap keselamatan dan penjagaan bayi di seluruh dunia. Hakikatnya, mereka merupakan salah satu penyumbang kewangan yang utama supaya rejim zionis boleh terus membunuh bayi-bayi serta kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka melakukannya melalui (kononnya) pembelian sebuah syarikat Israel, Colbar LifeScience. Pada 3 Ogos 2006 yang lalu, di waktu tentera israel sedang galak membunuh rakyat Lubnan, Johnson & Johnson tidak sabar-sabar menghulurkan bantuan kepada israel sebanyak USD 159 juta, kononnya untuk menambah pelaburan dalam Colbar.

Proses pemboikotan terpaksa dilakukan secara berperingkat memandangkan penggunaan produk ini yang meluas di kalangan pengguna di Malaysia serta faktor sejarah dan jenamanya yang sudah lama bertapak di negara kita. Strategi yang digunakan ialah dengan memboikot 30 jenis barangan daripada jumlah keseluruhan 126 jenis pada peringkat pertama. Pada tahun berikutnya, 100 jenis dari 126 jenis barang berjaya diboikot. Hanya beberapa jenis yang masih mendapat permintaan pelanggan dijual seperti bedak bayi. Di samping itu, ruangan jualan dan pameran dihadkan serta sebarang bentuk pengiklanan, aktiviti promosi atau sampel barangan tidak dibenarkan. Dengan produk alternatif tempatan yang ditawarkan berserta sokongan pelanggan, jualan produk dari syarikat Amerika ini semakin berkurangan dari sehari ke sehari lalu dapat diboikot sepenuhnya sebelum berakhir bulan Januari 2009. Pengguna yang berbelanja di Sabasun mula selesa memilih bedak bayi buatan tempatan seperti Carrie, Safi Manja Care, Do Re Mi dan beberapa jenis lagi.

Kuasa mutlak terletak di tangan pengguna. Andalah yang menentukannya. Bantulah kami dengan mengurangkan penggunaan produk yang diboikot; dan seterusnya mencari alternatif kepada produk terbabit.

Kenapa Disney pun perlu diBoikot?

Selain dari menjadi penyumbang kepada ekonomi Amerika dan israel, Syarikat Disney melalui filemnya memainkan peranan penting untuk menanamkan rasa kekeliruan serta kebencian, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Contohnya filem animasi bersiri Aladin, yang telah tersiar semenjak hampir 20 tahun dulu. Di dalam filem ini, orang Arab digambarkan sebagai ganas dan jahat. Orang Arab yang ‘jahat’ di dalam filem ini akan bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan pelat Arab yang pekat. Manakala hero dan heroin di dalam cerita tersebut pula akan bertutur bahasa Inggeris Amerika yang standard. Di dalam filem itu digambarkan Baghdad (Iraq) dipenuhi dengan orang-orang jahat. Anak-anak kecil terutamanya dari Amerika akan membesar dengan mendapat gambaran yang salah dan kebencian yang menebal kepada bangsa Arab. Hari ini, sebahagian anak-anak dari Amerika ini menjadi tentera yang menyerang Iraq dan Afghanistan. Mereka menyeksa dan membunuh manusia sesuka hati akibat dari perasaan benci yang menebal akibat dari gambaran buruk yang ditonjolkan dengan salah oleh Disney terhadap orang-orang Arab.

Tidak cukup dengan itu, Disney juga pernah menggunakan taman temanya ‘Disneyland’ di Florida Amerika untuk membuat satu pertunjukan bagi menggambarkan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara israel. Baitulmaqdis telah diduduki secara haram oleh israel. Perkara ini telah diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa dan disahkan melalui resolusi 242, 237 dan 405 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Resolusi PBB juga menyatakan, Baitulmaqdis (Jerusalem) tidak boleh menjadi ibu negara israel. Disney memperuntukkan sejumlah USD 8 juta bagi merealisasikan projek itu, dimana israel turut menghulurkan sumbangan sebanyak USD 1.8 juta.

Terkini

Usaha boikot telah mula menampakkan kesan dan memberi tekanan kepada ekonomi Amerika dan sekutu mereka. Coca Cola mengalami kejatuhan jualan 20% di seluruh dunia. 20% merupakan satu peratusan yang besar buat syarikat itu yang memungkinkan kerugian berbilion dolar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penyokong zionis yang lain. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang sangat gawat, Amerika, israel dan sekutu mereka juga berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Semuga keadaan ini dapat meredakan keganasan dan kebinatangan mereka; juga bakal menghancurkan cita-cita mereka untuk menguasai dunia, InsyaAllah!

(Ali Imran : 103) "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai."

"...dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa selain Allah..."

~Ali Imran : 135~

p/s: Semua perkataan yang melibatkan ‘negara haram’ israel, secara sengaja ditulis dengan huruf kecil. Ini adalah kerana israel sememangnya tidak layak untuk diiktiraf sebagai sebuah negarapun.

No comments:

Post a Comment